Tips Bagi Ibu Mengandung Semasa Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik Kesihatan Kerajaan-Malaysia

Kehamilan adalah satu fasa yang setiap ibu lalui. Ia adalah fasa yang amat penting dan para ibu perlu berhati-hati semasa tempoh penting ini untuk keselamatan kedua-dua ibu dan bayi. Rawatan semasa mengandung adalah proses yang mahal yang merangkumi ultrabunyi, pemeriksaan bulanan, suplemen pranatal ibu dan suntikan untuk mengelakkan penyakit untuk kedua-dua ibu dan anak. Warga Malaysia bernasib baik kerana kami boleh mendapati rawatan percuma atau dalam kos yang sangat  rendah dari klinik kesihatan kerajaan. Terdapat klinik kerajaan di setiap daerah dan negeri untuk menyenangkan bakal ibu untuk melalui fasa yang indah ini dan mengadakan pemeriksaan kehamilan dengan mudah.

Berikut adalah beberapa tips dan maklumat mengenai bagaimana anda melalui proses pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan ibu dan anak kerajaan. Ia disediakan khas untuk anda untuk menjadikan perjalanan kehamilan anda lebih mudah dan memberi pengalaman bersalin yang baik.

Di mana perlu saya mendaftar dan apa yang perlu saya bawa untuk pendaftaran?

Pertama, cari klinik kesihatan berdekatan dengan rumah anda supaya ia lebih senang bagi anda untuk kunjungan pemeriksaan dan membuat pemeriksaan susulan seterusnya. Ini juga akan memudahkan pihak klinik untuk datang dan melawat anda di rumah untuk penjagaan tambahan pada akhir kehamilan atau selepas melahirkan anak. Jika anda bekerja, mungkin ia senang untuk anda pergi klinik dekat dengan tempat kerja anda. Jadi, apabila anda pergi mendaftar untuk kali pertama, anda diperlukan  untuk membawa:

  • kad pengenalan anda (I/C Biru) atau I/C Merah jika anda penduduk tetap di Malaysia atau pasport jika anda bukan warnegara.
  • Salinan sijil perkahwinan anda (ibu tunggal dikecualikan).
  • slip bil utiliti terkini anda untuk mengesahkan alamat bermastautin anda atau bil utiliti tempat anda bekerja jika membuat pemeriksaan dekat tempat kerja anda.
  • Surat rujukan daripada doktor atau klinik lain (jika ada).
  • Yuran sebanyak RM5 jika anda seorang warganegara atau RM40 jika anda seorang pemastautin tetap atau bukan warganegara. Ini adalah untuk yuran pendaftaran kali pertama, yang anda hanya perlu membayar sekali sahaja.

Apa yang boleh saya jangkakan pada pemeriksaan antenatal pertama saya?

Apabila anda mendaftar untuk kali pertama, anda akan ditanya beberapa soalan dan perlu melakukan beberapa ujian. Antaranya adalah:

  • Semakan ketinggian dan berat badan ibu mengandung.
  • Soalan-soalan seperti tarikh terakhir haid anda, sejarah keluarga untuk sebarang penyakit seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis, kali keberapa anda mengandung atau pernah keguguran atau tidak dan lain-lain.
  • Tandatangan borang persetujuan untuk ujian darah.
  • Anda akan diberikan anggaran tarikh bersalin (EDD) mengikut tarikh haid anda yang terakhir.
  • Pengambilan ujian air kencing / darah.
  • Pada akhir sesi, anda akan diberikan suplemen antenatal seperti vitamin C, B kompleks, asid folik dan zat besi.
  • Anda juga akan diberi Buku Merah untuk rekod temu janji yang akan datang dan sebagai rujukan perjalanan kehamilan anda.

Berapa kerap pemeriksaan kandungan akan dilakukan?

Kekerapan pemeriksaan kandungan bergantung pada usia kandungan ibu hamil seperti berikut:

  • Sebelum 28 minggu hamil, sebulan sekali
  • 28-35 minggu hamil, sebulan 2 kali
  • 36 minggu hamil sehingga melahirkan anak, seminggu sekali

Ini adalah mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan, ia mungkin lebih kerap jika anda mempunyai sebarang komplikasi persalinan atau memerlukan penjagaan lebih teliti

Apakah prosedur yang akan dilakukan dalam temujanji yang seterusnya?

  • Temu bual pendek dengan jururawat tentang bagaimana perkembangan bayi anda dan pergerakan bayianda dalam kandungan.
  • Konsultasi dan nasihat oleh pakar obstetrik (sekali sahaja, jika lebih daripada satu, doktornya mungkin tidak sama).
  • Ujian air kencing untuk mengetahui tahap protein dan glukosa
  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Semakan berat badan.
  • Merasa perut anda untuk memeriksa perkembangan bayi.
  • Mendengar degupan jantung bayi dengan stetoskop khas untk kandungan (Pinard).
  • Semak bengkak pada kaki, lengan atau muka semasa mengandung.
  • Ultrabunyi Bayi (dua kali sahaja, sekali semasa usia kandungan 4 bulan untuk memeriksa jika ada sebarang keabnormalan dan untuk mengelakkan kehamilan ektopik dan sekali lagi sekitar usia kandungan anda 7 bulan, untuk mengetahui pertumbuhan bayi. Jika anda mahu lebih dari dua kali, anda mungkin perlu pergi ke klinik swasta atau hospital untuk imbasan yang lebih terperinci).

Apa ujian atau suntikan yang akan dilakukan sepanjang tempoh kehamilan?

  • Ujian Darah (kumpulan darah, faktor Rhesus, apa-apa jangkitan seperti Hepatitis B, HIV) - setiap 3 bulan jika tidak ada anemia. Jika anemia, lebih kerap dilakukan.
  • Ujian Air Kencing- untuk memeriksa tahap protein dan glukosa.
  • Pemeriksaan Payudara- Doktor/Jururwat akan memeriksa jika terdapat apa-apa ketulan dan memberi nasihat tentang bagaimana untuk menyusukan bayi dan juga persediaan untuk menyusu badan. 
  • Ujian Toleransi Glukosa Oral- ujian ini akan diambil semasa kandungan 5 bulan ke 7 bulan. Ini adalah untuk memeriksa jika anda mempunyai penyakit kencing manis, dan sebagai persediaan, anda perlu berpuasa semalaman sebelum ujian dilakukan.
  • Ujian Saringan- untuk mengetahui keadaan bayi, sama ada perkembangan bayi normal atau tidak.
  • Ujian Diagnostik- anda boleh memilih untuk melakukannya atau tidak. Ia adalah untuk memastikan sama ada bayi itu normal atau mempunyai sindrom Down. Ia adalah ultrasound terperinci imbasan ‘Amniosentesis’ dan ‘Chorionic Villus Sampling’ (CVS). Perlu diingatkan bahawa ini mempunyai peluang yang sangat rendah penyebab keguguran bayi
  • Suntikan Kancing Gigi- Jika ini kehamilan pertama anda, anda akan diberi suntikan dua kali. Kali pertama, apabila pergerakan bayi dikesan atau dirasai. Kali kedua, sebulan selepas suntikan pertama. Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, hanya satu suntikan akan diberikan setiap kehamilan untuk mengelakkan penyakit kancing gigi.
  • Pemeriksaan Pergigian- Anda perlu melakukan pemeriksaan gigi sekali sahaja sepanjang tempoh kehamilan. Anda akan diberi nasihat tentang penjagaan gigi semasa mengandung. Pemeriksaan gigi akan dijalankan di klinik itu sendiri jika mereka mempunyai doktor gigi yang melawat seminggu sekali atau doktor di klinik akan memberikan anda surat rujukan ke klinik pergigian yang berhampiran untuk pemeriksaan gigi. Jika anda was-was dengan mana-mana klinik, anda boleh tengok perbezaan antara klinik gigi swasta dan kerajaan.

Bagaimana jika saya tidak dapat menghadiri temujanji saya?

  • Anda boleh menghubungi klinik dan bertanya beberapa soalan dan menukar tarikh temujanji atau terus pergi ke klinik berhampiran dengan anda membawa Buku Merah anda.
  • Jika OBGYN memikirkan ini kes yang rumit, beliau akan merujuk anda kepada pakar di hospital kerajaan. Ini hanya akan berlaku jika anda berada dalam kehamilan berisiko tinggi, atau ada apa-apa komplikasi yang berlaku, atau jika anda meminta untuk menbuat ujian yang tidak disediakan di klinik.
  • Dalam kes kecemasan, anda boleh pergi ke mana-mana klinik atau hospital yang terdekat membawa Buku Merah anda, dan mereka akan memeriksa anda sebaik sahaja mereka melihat rekod anda dan menganalisis apa-apa yang boleh menjadi masalah kecemasan anda.

Di mana boleh saya bersalin?

  • Hospital Kerajaan- Biasanya, OBGYN di klinik akan merujuk anda kepada doktor pakar di hospital. Buku Merah akan menjelaskan segala-galanya yang perlu diketahui tentang kehamilan anda, sebarang komplikasi atau apa-apa sekalipun. Hospital kerajaan menggalakkan ibu bersalin secara normal kecuali jika ada komplikasi.
  • Hospital Swasta- Ia tidak penting sama ada kesemua pemeriksaan kehamilan anda hanya dilakukan di klinik kerajaan, anda masih boleh memilih untuk beranak di hospital swasta. Masa inilah, Buku Merah anda akan diperlukan. Semua rekod anda telah direkodkan dalam buku ini. Jadi, pakar sakit puan dari hospital swasta yang anda pilih hanya perlu merujuk log ini untuk sebarang rujukan

Di sini adalah senarai hospital swasta dan kerajaan dari LookP.com, untuk sesiapa yang berminat, bolehlah tengok di sini.

Apa penjagaan masa berpantang yang anda dapat?

Selepas ibu mengandung melahirkan bayinya dan telah dibenarkan keluar dari hospital, klinik akan menghantar seorang jururawat atau bidan ke rumah mereka untuk memeriksa kesihatan ibu dan bayi. Ini akan dilakukan sekali atau dua kali bergantung kepada permintaan atau komplikasi kes anda. Beliau akan membantu anda dan memberi nasihat kepada anda untuk:

  • Bagaimana untuk menyusukan bayi dengan betul.
  • Bagaimana untuk memandikan bayi.
  • Bagaimana untuk menjaga bayi yang baru lahir.
  • Bagaimana untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental anda.
  • Mengambil masa rehat sebanyak mungkin.

Jika anda berminat untuk mempunyai seorang confinement lady, bidan atau pusat berpantang untuk masa berpantang anda, anda boleh menyemak senarai pendek bidan dan pusat berpantang di Lookp.com.

Apakah perbezaan di antara Klinik Kerajaan dan Klinik Swasta?

Ia bergantung kepada anda di mana anda mahu melalui perjalanan kehamilan anda. Banyak yang mempunyai persepsi bahawa klinik swasta jauh lebih baik daripada klinik kerajaan, tetapi itu tidak benar. Klinik kerajaan mampu memberikan anda rawatan yang berkualiti dengan percuma atau harga yang sangat rendah. Berikut adalah perbandingan mudah antara kedua-duanya:

 

KLINIK KERAJAAN

KLINIK SWASTA

 FLEKSIBILITI

  • Terbuka pada hari minggu sahaja
  • Bergantung kepada yang doktor bertugas
  • Doktor/jururawat yang berbeza setiap lawatan
  • Penggunaan peralatan perubatan adalah berdasarkan pertimbangan doktor
  • Juga terbuka pada hujung minggu
  • Boleh memilih pakar sakit puan mengikut pilihan anda sendiri
  • Doktor yang sama sepanjang kehamilan
  • Tiada sekatan ke atas penggunaan peralatan perubatan

KUALITI

  • Kebanyakan masa, pemeriksaan dan ujian kehamilan akan dibuat oleh jururawat
  • Ultrabunyi tidak dilakukan secara kerap tetapi ia adalah terperinci
  • Perundingan hanya dilakukan sekali atau dua kali sahaja oleh pakar sakit puan dan jika kes rumit, baru ia akan jadi lebih
  • Semua pemeriksaan dan ujian dilakukan oleh OBGYN yang dipilih
  • Ultrabunyi dilakukan setiap kali diminta oleh ibu hamil
  • Kebanyakan kali, konsultasi dilakukan oleh pakar ginekologi untuk menenangkan kebimbangan bakal ibu

HARGA

  • Ubat-ubatan dan imunisasi diberikan secara percuma
  • Perundingan dan ujian dijalankan secara percuma atau pada kos yang minimum
  • Hanya perlu membayar RM5 semasa pendaftaran
  • Ubat-ubatan dan imunisasi ditawarkan diberi dengan harga yang mahal
  • Perundingan dan ujian juga dikenakan yuran yang tinggi
  • Yuran perundingan untuk setiap lawatan adalah sangat mahal sentiasa

KEMESRAAN

  • Terdapat banyak pesakit yang datang ke klinik untuk rawatan lain juga, jadi doktor / jururawat mungkin tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pesakit
  • Doktor dapat memberi perhatian lebih kepada anda dan jururawat akan berbuat lebih baik

Ini adalah maklumat mengenai cara perjalanan kehamilan anda di sebuah klinik kerajaan. Jika anda mempunyai apa-apa untuk menambah atau ada yang perlu diubah, sila maklumkan kepada kami di kotak komen di bawah atau email kami di sini.

Selain dari itu, jika anda memerlukan seorang pakar sakit puan yang baik, anda boleh semak beberapa pakar sakit puan popular di Pulau Pinang, Johor, KL dan Selangor. Anda juga boleh tengok senari Klinik Kesihtan Kerajaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mengikut kawasannya.

Juga, di sini adalah beberapa nasihat yang diberikan oleh bidan berpengalaman untuk pengetahuan tambahan anda. 

Share