Nasihat Bidan Kepada Semua Ibu

Sering kali ibu mengandung dan ibu baru lepas bersalin membuat kesilapan dengan penjagaan diri dan juga bayi. Ini selalunya memberi kesan secara langsung atau tidak langsung kepada kedua-dua ibu dan bayi. Saya telah melakukan sedikit kaji selidik dengan beberapa bidan untuk mengetahui kesilapan yang biasa dibuat sekali dengan petua dan nasihat dari mereka untuk menolong ibu mengandung dan ibu berpantang. Respons yang saya dapat adalah positif dan di sini saya akan berkongsi dengan anda respons yang saya perolehi.

  1. Cara Pemakanan yang salah

Kesilapan paling biasa yang dibuat adalah tidak menjaga pemakanan dengan baik. Ini kerana kebanyakan ibu tidak ada ilmu untuk makanan yang boleh dimakan dan makanan yang dipantang makan.

Untuk yang mengandung, ia bukan tindakan bijak makan lebih banyak dari biasa. Ia hanya akan menaikkan berat badan anda. Kenaikkan berat badan akan menimbulkan komplikasi semasa melahirkan anak nanti. Anda juga perlu mengelak dari makan makanan tajam dan bisa seperti nenas.

Untuk ibu berpantang pula adalah dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan berangin dan makanan sejuk kerana ia akan melambatkan proses pemulihan anda. Pada masa yang sama, tindakan bijak adalah mengambil makanan yang penuh dengan zat besi seperti sayur-sayuran iaitu sawi dan bayam.

 

  1. Tidak mengikut perkembangan dengan doktor

Ibu-ibu sering tidak pergi untuk pemeriksaan mereka dan bayi mengikut tarikh yang ditetapkan oleh doktor sakit puan mereka. Ini adalah tidak digalakkan kerana ia boleh menyebabkan banyak perkara yang tidak diingini.

Ibu mengandung perlu sentiasa pantau keadaan bayi dalam kandungan, supaya jika ada komplikasi, ia dapat dikesan awal oleh doktor dan boleh mengelak diri ibu dan bayi dari situasi bahaya. Ia penting untuk keselamatan kedua-dua ibu dan bayi. Dan ia cepat dikesan oleh pakar yang berpengalaman dalam bidang ini.

Ibu berpantang perlu jumpa doktor mereka dari masa ke masa untuk memantau pertumbuhan bayi dan untuk mengesan jika bayi tidak terkena apa-apa penyakit seperti demam kuning. Jika ada, ia dapat dikesan awal dan dirawat pada tahap awal. Untuk si ibu pula, ia penting untuk merawat luka rahim kerana jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bernanah. Jika si ibu risau tentang yuran yang mahal, si ibu boleh membuat pemeriksaan di klinik atau hospital awam dengan yuran yang lebih murah.

 

  1. Pemakaian

Cara memakai pakaian juga boleh menjejaskan kesihatan ibu, yang secara tidak langsung menjejaskan bayi mereka.

Ibu mengandung digalakkan memakai pakaian longgar untuk memberi ruang kepada bayi mereka untuk membesar. Jika bakal ibu memakai pakaian ketat ia akan membuat bayi rasa tertekan dan susah hendak bergerak terutamanya apabila usia kandungan 5 bulan keatas. Ibu mengandung tidak digalakkan pakai kasut tumit tinggi kerana ia akan mengakibatkan ibu itu ketegangan otot dan mengalami sakit di bahagian pinggang, punggung dan betis.

Ibu berpantang memang tidak suka memakai sarung kaki apabila berada di rumah. Itu salah! Ibu perlu memakai sarung kaki di rumah untuk mengelak kaki sejuk dan badan dimasuki angin. Bengkung adalah sukar dan tidak selesa tapi ia penting untuk dipakai kerana ia mengelak dari kemasukan angin dan juga untuk memposisi peranakan ibu dengan betul.

 

  1. Minum Air

Seseorang perlu minum air yang banyak dalam sehari iaitu minimum 8 gelas sehari, sama untuk semua ibu untuk sentiasa berhidrasi.

Ibu mengandung tidak digalakkan minum air berais. Ia akan melemahkan sistem imun ibu dan lebih senang diserang penyakit. Selain itu, ia juga memperbanyakkan pergerakan bayi di dalam perut dengan lebih cepat. Ibu juga dilarang minum minuman seperti kopi, teh dan alkohol. Ia boleh mengakibatkan kecacatan kekal kepada bayi.

Ibu berpantang selalu perlu minum air untuk elak dehidrasi. Ibu boleh minum air halia untuk memanaskan badan dan melancarkan saluran darah suapaya sistem organ boleh kembali seperti normal. Ibu berpantang juga tidak digalakkan minum kafein dan alkohol kerana ia akan memberi kesan kepada bayi yang minum susu ibu seperti tidak senang duduk dan resah.

 

  1. Emosi Ibu

Emosi ibu pada tahap mengandung dan lepas bersalin adalah lebih sensitif berbanding masa lain. Ini kerana pertukaran hormon yang berlaku di dalam badan seorang ibu. Ia perlu ditangani oleh ahli keluarga yang terdekat dengan memberi sokongan moral dan sentiasa berada di sisi si ibu.

Ibu mengandung perlu menjaga emosi kerana ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Jangan terlalu stress dan pastikan anda mendapat masa untuk rehat yang banyak. Jika anda rasa murung, anda perlu menceritakan kepda seseorang, sama ada ibu anda atau suami anda. Jika rasa tak selesa dengan mereka, anda boleh bercakap dengan doktor anda juga.

Ibu berpantang pula boleh mula meroyan jika emosi yang tak stabil dibiarkan. Tahap ini suami perlu sentiasa berada di sisi si isteri dan memberi sokongan moral. Si ibu pula perlu memastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Kekurangan tidur juga boleh memberi kesan kepada tahap stress si ibu. Tidur apabila bayi anda tidur, terutamanya pada sebelah petang.

 

  1. Penyusuan Ibu

Ibu yang memilih unutk menyusu bayi mereka perlu mengambil beberapa perkara dalam pertimbangan mereka.

Pertama sekali, ibu menyusu perlu sentiasa berhidrat untuk kelancaran aliran susu. Makanan yang diambil ketika tempoh menyusu memberi kesan kepada kualiti susu, kerana seperti saluran darah mengambil zat-zat dan mineral dari makanan yang dihadam, saluran susu pun begitu. Jika anda mengambil kafein atau alkohol seperti ia diresap oleh darah, ia akan diserap oleh susu dan memberi kesan kepada bayi yang meminumnya.

Ibu menyusu tidak boleh menyusu sambil berbaring jika si ibu terlalu penat, jika berbuat begitu, si ibu kemungkinan akan menghimpit bayi mereka yang boleh membawa ke situasi yang berbahaya untuk si bayi.

Selain itu, setiap kali selesai menyusukan bayi, adalah penting untuk bayi sendawa. Jika tidak bayi boleh mengalami perut kembung. Bayi akan telan angin lebih sekali dengan susu ibu, itulah sebab ibu perlu memastikan bayi mereka sendawa untuk mengelakkan ketidakselesaan bayi.

Ia adalah penting untuk membersihkan puting ibu sebelum dan selepas menyusu untuk mengelak jangkitan kuman. Bayi senang kena jangkitan kuman kerana imun badan mereka masih tengah membina. Jika tidak diambil serius, bayi boleh kena kurap susu di sekitar mulut bayi. Dan percayalah ia bukan sesuatu yang bagus.

Diatas ialah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu semasa mengandung dan lepas bersalin sekali dengan nasihat yang bidan berpengalaman bagi untuk mengatasinya. Saya harap informasi di atas membantu anda dengan pengalaman manis anda dengan bayi anda.

Jika ada kesalahan atau pembaikan yang perlu dibuat, sila bagitahu kami di sini. Kami menghargai kerjasama anda. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan kami dan membaca artikel kami.

Bidan-bidan yang menolong saya menyiapkan artikel ini ialah:

  • Kak Nah - bidan yang berpengalaman dalam bidang ini dan berasal dari Kedah. Sangat peramah dan sedia menolong bila-bila masa. Untuk informasi lanjut, sila lawat di sini.
  • Asra Mikail - bidan yang sangat peramah dan sangat bekerjasama. Beliau juga menjual jamu untuk kesihatan wanita. Untuk keterangan lanjut, sila lawat di sini.
  • Kak Suri - bidan yang berpengalaman selama 6 tahun dan peramah. Kepakaran khusus beliau adalah mengurut. Untuk hubungi beliau, sila ke sini.

Selain artikel ini, kami telah menyediakan senari pendek untuk servis bidan di seluruh Malaysia. Anda boleh melihatnya di sini. Jika anda mahu lebih banyak pilihan, anda boleh lihat senarai pemberi servis bidan kami yang penuh di sini. Sekiranya, nama anda atau nama bidan anda tidak tersenarai, sila bagitahu kami di sini. Kami sedia membantu anda. 

Share