Klinik Pergigian Kerajaan dan Swasta-Malaysia: Apakah Perbezaan dan Manakah Lebih Baik?

 

Dental picture1Dental picture2

 

Image source:smiledesignerslv.com alamodentistry.com

Penjagaan mulut adalah penting untuk kesihatan kita. Apabila kita gagal untuk menjaga kesihatan mulut ia akan mendatangkan masalah kesihatan mulut seperti mulut berbau busuk dan kerosakan gigi. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah asas untuk menjaga kesihatan mulut dari segi gusi dan gigi yang sihat.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan Bahagian Kesihatan Pergigian utama yang diiktiraf sebagai badan berkanun oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat pelbagai klinilk kesihatan pergigian di Malaysia yang terdiri daripada sektor swasta dan sektor kerajaan. Walaubagaimanapun, masyarakat ada persepsi bahawa perkhidmatan di klinik pergigian kerajaan tidak setaraf mana seperti klinik pergigian swasta.

Padahal ini adalah tidak benar kerana klinik pergigian kerajaan juga menyediakan perkhidmatan yang agak bagus.

Di sini kami ingin menyatakan bahawa masyarakat di luar sana mengambil sikap lewa tentang maklumat dan langkah-langkah perjagaan gigi yang dibagi oleh klinik kesihatan kerajaan. Ini kerana,bagi mereka antara maklumat dan langkah-langkah dibagi oleh klinik kesihatan swasta lebih kurang sama dengan klinik kesihatan kerajaan.

Pendaftaran

Di klinik pergigian kerajaan,pesakit perlu berdaftar di kaunter pendaftaran. Bagi warganegara perlu membawa kad pengenalan dan bagi bukan warganegara perlu membawa passport. Semasa membuat pendaftaran warganegara perlu bayar RM1 dan bukan warganegara perlu bayar RM60. Perbezaannya dengan klinik pergigian swasta akan kenakan bayaran dari segi rawatan dan ubatan.

Cara-cara Untuk Merawat Gigi

Pada perjumpaan pertama, pesakit akan menjalani pemeriksaan, rawatan pergigian yang asas (seperti tampalan gigi,penskaleran dan mencabut gigi). Untuk kes yang kompleks seperti mahkota gigi, rawatan kanal akar dan pembedahan lain,kita akan dirujuk untuk membuat perjanjian dengan doktor gigi untuk rawatan seterusnya.

Bagi kes kecemasan seperti trauma, sakit gigi paling teruk, sakit kritikal dan kemalangan yang menyebabkan perdarahan dalaman dalam gigi ini perlu dapatkan rawatan atau pembedahan secepat mungkin untuk mengelak daripada kritikal.

Perkara-perkara yang perlu diketahui semasa temujanji, sesetengah rawatan asas yang doktor gigi rawat seperti tampalan gigi, penskaleran dan mencabut gigi kita kena tunggu satu atau dua minggu untuk menerima rawatan itu. Melainkan kes ini serius dan teruk sangat perlu dirawat dengan segera. Manakala, bagi kes kompleks seperti yang dinyatakan di atas kita perlu tunggu lebih kurang dalam sebulan dan mendapatkan temujanji dengan doktor gigi untuk mengikuti tentang rawatan seterusnya.

Sistem klinik gigi kerajaan hampir sama dengan sistem klinik gigi swasta seperti kita perlu telefon di klinik tersebut untuk membuat temu janji doktor. Oleh itu, persediaan antara doktor gigi dengan doktor adalah berbeza dimana doktor sentiasa ada di hospital sepanjang waktu tugas manakala doktor gigi hanya bertugas bila pesakit buat temujanji.

Apa Yang Perlu Kita Lakukan Semasa Jumpa Doktor Gigi?

Perbezaan antara doktor pergigian kerajaan dan doktor pergigian swasta semasa perkhidmatan adalah tidak ketara.

Pemeriksaan : doktor pergigian akan memeriksa sama ada gigi kita ada “plak” atau yang warna putih penuh dengan bakteria. Lagipun yang mana sudah jadi kerah dan tak boleh buang dengan menggunakan berus gigi atau flos gigi ini menyebabkan pereputan gigi dan penyakit gigi. Oleh itu, gusi akan diperiksa dengan alatan khas di antara gigi dan gusi kita.

Pembersihan: Jika plak dan kerah gigi tak boleh buang dengan gunakan berus gigi dan flos gigi sepatutnya kita kena pergi klinik kerajaan atau klinik pergigian swasta untuk buangnya. Perkhidmatan ini dipanggil penskaleran dimana doktor gigi akan membersih semua kerah yang  terlekat di gigi kita untuk mengelak gigi reput.

Harga Dan Kemudahan

Perkhidmatan antara klinik pergigian kerajaan dan klinik pergigian swasta lebih kurang sama iaitu termasuk cabut gigi,tampalan, tampalan puncak , penskaleran, rawatan endodontik, rawatan gigi palsu dan banyak lagi. Manakala harga antara klinik pergigian kerajaan dan klinik pergigian swasta tidak sama. Klinik pergigian kerajaan terdapat empat kategori harga yang berbeza iaitu kelas wad 1, kelas wad 2, kelas wad 3, dan pesakit luar. Oleh itu, rawatan pergigian kerajaan lebih murah berbanding rawatan klinik pergigian swasta.

Kebanyakkan pesakit terima rawatan yang biasa tanpa bermalam di hospital, mereka hanya pilih klinik pergigian untuk menerima rawatan. Jika ada kes yang teruk sangat, pesakit boleh bermalam di hospital untuk terima selanjutnya dan juga pesakit boleh pilih mahu kelas yang mana. Kelas wad 1 adalah kelas yang mahal berbanding kelas wad 3 yang sangat murah ataupun dapat rawatan yang percuma.  

Klinik pergigian kerajaan atau hospital dikenakan dengan harga yang berbeza bagi kategori umum/privasi, pelajar,kerajaan dan bukan warganegara. Gambarajah dibawah menunjukkan perbezaan harga antara klinik pergigian kerajaan dan swasta:

 

Perkhidmatan

(rawatan yang disediakan)

Kerajaan

 

Swasta

 

Warganegara

 

Bukan warganegara

Pesakit luar

Cabut- sebatang gigi

Tampalan- sebatang gigi

Rawatan endodotik – sebatang gigi

Penskaleran – satu rawatan

 

RM1

RM2

RM4

RM2

 

 RM20-25

RM15-35

RM50

RM35

 

RM60- 250

RM70-120

RM150-1200 (bergantung kes)

RM60-150

Pemeriksaan Radiologi

Pergigian intra- oral

 

 RM1 to RM10

 

 RM50

 

 RM500 and ke atas

Peralatan Ortodontik

Aplians tetap

Aplians boleh tanggal

 

RM500

 RM100-200

 

RM4000

 RM2500

 

RM4000 and ke atas

RM2000 and ke atas

 

 

Rawatan Ortodontik Di Klinik Pergigian Kerajaan Atau Swasta/Hospital

Dental picture3

Image source: smilesofelgin.com

Ada sebab kenapa kita perlu menerima rawatan klinik pergigian kerajaan kerana adanya doktor yang berpengalaman dalam rawatan seperti rawatan ortodontik atau dikenali pakai pendakap gigi berbanding menerima rawatan di swasta kemungkinan kos harga sampai puluh ribu ringgit. Semasa temujanji antara kita dengan doktor gigi, kita diberi pilihan untuk memilih pendakap gigi yang sesuai dengan masalah gigi kita. Oleh itu, kita juga boleh mengambil masa untuk berfikir kerana memakai pendakap gigi ini mengambil masa lama 2 atau 3 tahun untuk susunan gigi kita lebih cantik.

Sebagaimanapun,jika di klinik gigi kerajaan untuk mendapatkan nama kita dalam senarai nama untuk mengurangkan kos harga buat ortodontik, kita sanggup untuk tunggu bertahun. Jadi, cadangan kami kalau anak kita perlu rawatan ortodontik eloknya mendaftar mereka semasa sekolah rendah dan boleh buat rawatan semasa di sekolah menengah untuk mengurangkan kos pembayaran.

Temujanji

Kita sebagai pesakit perlu jadikan seorang dedikasi dan berdisplin untuk datang temujanji dengan doktor(setiap sekali atau dua bulan sekali) untuk mengetahui perkembangan mengenai keadaan gigi. Oleh itu, kita perlu jaga pendakap gigi kita dengan baik jika tidak, pendakap gigi yang rosak atau memudaratkan sakit gigi,kita kena tukar pendakap gigi dan akan dikenakan bayaran tambahan.

Pendakap Gigi Tetap

Pendakap gigi yang tahan lama di mulut kita di mana ia tak boleh cabut atau buang dalam anggaran dua tahun atau masa yang lama. Di samping itu, kita perlu biasakan diri dengan menahan kesakitan selepas buat rawatan ortodontik. Pada masa yang sama selepas buat rawatan kita akan merasai seperti sakit, sebutan jadi kelakar,sakit ulser dan semasa makan juga membuat kita tidak selesa dengan adanya pendakap gigi dimulut sebab selalu nak betulkan pendakap gigi itu. Terdapat beberapa langkah sepanjang tempoh memakai pendakap gigi yang perlu kita ambil tindakan seperti gosok gigi,mengenai ubat gigi dan cara kumur dan juga perlu mengambil makanan yang lembut dan senang dikunyah dan sebagainya. Kita perlu mengambil tindakan terhadap langkah-langkah itu supaya dapat teruskan rawatan ortodontik yang seterusnya.

Pendakap Gigi Yang Alih Dan Berfungsi

Ini bermakna pendakap gigi yang boleh dicabut adalah untuk memperbaiki rahang gigi kita supaya lebih tersusun. Pendakap gigi ini hanya berfungsi jika kita ikuti arahan daripada doktor gigi. Kita perlu memakainya sepanjang masa dan boleh dicabut semasa mahu gosok gigi. pendakap gigi perlu dibersihkan setiap kali kita gosok gigi,simpan dalam bekas dan tempat yang selamat jika tidak memakainya.

Perbezaan Perkhidmatan Antara Klinik Pergigian Kerajaan Dan Klinik Pergigian Swasta

 

Kerajaan

swasta

Masa

·   Buka hari biasa (isnin-jumaat)

. Tunggu nama ada dalam senarai nama baru boleh buat temujanji

·   Buka setiap hari

·  individu yang mampu menanggung kos tinggi

Kualiti

Rawatan yang berbeza akan mempunyai doktor gigi yang berbeza untuk membantu anda dalam pemeriksaan,tetapi mereka juga mempunyai pengalaman. Mereka sudah simpan semua keputusan pemeriksaan anda yang terdahulu dalam data mereka sebagai rujukan doktor lain untuk rawatan seterusnya.

Seorang doktor gigi mengendalikan semua pemeriksaan. Mereka mempunyai pemahaman yang mendalam tentang kesihatan mulut anda dan keadaan. Doktor sentiasa memerhati dan pantau pesakit sampai giginya sembuh dan sihat.

Harga

Klinik pergigian Kerajaan mengikut kemampuan

Klinik swasta sangat mahal.

Di atas merujukkan maklumat mengenai perkhidmatan klinik pergigian kerajaan termasuk harga, kualiti and sedikit langkah-langkahnya. Kalau anda ingin tambah maklumat atau edit, anda boleh maklumkan kepada kami melalui komen atau email kami di sini. Kami juga ada senarai nama klinik pergigian kerajaan di Malaysia.

Kami juga telah menulis artikel tentang membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan kerajaan. Juga ada di sin adalah senarai klinik kesihatan kerajaan di Kuala Lumpur dan Selangor dengan kawasan ia berada. 

Harap ia membantu!

Share