Persatuan Bagi Kanak-Kanak Kerencatan Akal Johor
- Rank 716 of 1497
Persatuan Orang Pekak Johor atau Socitey Deaf of Johor ( SDJO ) adalah sebuah NGO’s OKU berdaftar yang diberi mandat oleh orang Pekak untuk menjaga kebajikan ahli-ahli Pekak dan menganjurkan pelbagai aktiviti di negeri Johor.SDJO telah didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 30 Ogos 1977 dengan nombor pendaftaran terbarunya, PPM-014-01-30081977.
SDJO juga menjadi ahli gabungan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia ( MFD ) dan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Johor ( MKMNJ ). Keahlian SDJO mempunyai bilangan ahli seramai 1050 orang Pekak daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Pada hari ini SDJO beroperasi sepenuh masa untuk memberi dan menyediakan perkhidmatan serta bantuan kepada komuniti Pekak.