Pertubuhan Perkhidmatan Intervensi Awal Batu Pahat
- Rank 999 of 1497
Yayasan Masyarakat Lestari Malaysia adalah sebuah badan kebajikan yang menerima sumbangan kewangan daripada individu dan institusi yang baik hati dan gemar membuat kerja-kerja kebajikan. Bantuan ini akan diberi kepada institusi kebajikan, misalnya rumah anak yatim dan rumah orang tua.
Sukarelawan kami meluangkan masa lapang mereka untuk membantu golongan yang kurang upaya. Kegiatan ini bukan sahaja memperkayakan kehidupan mereka sendiri, tetapi juga menerangi nasib dan masa depan orang lain. Sebagai sebuah organisasi kebajikan yang bersedia untuk memikul tanggungjawab, kami membantu usahawan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di samping mempromosikan jenama korporat mereka.
Selain itu, YMLM juga menggalakkan usahawan-usahawan dan pakar-pakar dari pelbagai bidang untuk menyertai organisasi kami. Kami turut mengambil peluang ini untuk memupuk perasaan kasih sayang dan bantu- membantu supaya melahirkan sebuah masyarakat penyayang.