saya datang ke maybank wangsa maju nak guna machine coin tapi rosak , sebab ada pelanggan yang masukkan benda asing seperti skru , magnet , habuk , syiling yang basah dan kotor . oleh sebab itu , machine syiling itu kerap rosak kerana pelanggan yang menggunakan tiada pengetahuan dan tidak bertanya tentang cara menggunakan machine tersebut . saya menunggu lama kerana ada pelanggan yang membawa syiling yang begitu banyak disimpan bertahun-tahun . ada juga pelanggan yang membawa syiling yang sedikit jumlahnya turut menggunakan machine tersebut . pada pendapat saya , mereka boleh pergi ke cawangan yang berdekatan . saya rasa , machine seperti demikian perlu disediakan pada cawangan-cawangan yang lain dan saya mendapat tahu cuma ada 2 buah machine yang berada di kawasan kuala lumpur . saya juga pernah ternampak kakitangan yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah apabila machine tersebut rosak .
Rank 200 of 3672 in Finance
Nombor Telefon : +6088761695/088761519/088761105
Fax : +6088764535
Ground & First Floor, Lot 10 & 11, Putatan Court, Putatan Square Phase II, Lorong Putatan 1, Putatan, Kota Kinabalu, 88200, Sabah