Menurut Dr. Roslan, lidah boleh dibahagi kepada 2/3 bahagian anterior (hadapan) dan 1/3 bahagian posterior (belakang) lidah.
Seperti mana-mana kanser lain di dalam mulut, kanser lidah biasanya bermula dengan ulser yang tidak sakit dan tidak sembuh setelah dua minggu walaupun telah mendapat rawatan biasa.
Ulser tersebut lama kelamaan menjadi lebih besar dan dalam sehingga membentuk lubang seperti kawah yang mempunyai tisu yang nekrotik atau mati di bahagian tengah.
Nombor Telefon : 60377181000 Ext: 1199
KPJ Damansara Specialist Hospital, Petaling Jaya, 47400, Selangor