Dr. Mak Choon Soon business logo picture

Dr. Mak Choon Soon

Reviewer profile
Menurut Dr. Mak Choon Soon, bagi ahli keluarga atau teman serumah yang berhadapan dengan pesakit diserang sawan, diingatkan supaya tidak panik kerana sawan itu biasanya akan berhenti selepas satu hingga dua minit. Beberapa langkah boleh diamalkan oleh orang sekeliling apabila seseorang diserang sawan supaya mereka tidak mencederakan diri sendiri dengan meletakkan pesakit dalam posisi mengiring dan tundukkan sedikit kepalanya untuk mengelak dari tersedak air liur yang boleh mengakibatkan lemas semasa tidak sedar sewaktu sawan.
by
Reviewer profile
Menurut Dr Mak, sawan berlaku disebabkan ketidakseimbangan isyarat elektrik di bahagian tertentu di dalam otak atau keseluruhan otak walaupun pemeriksaan klinikal tidak menunjukkan sebarang keabnormalan dan pembentukan otak adalah normal. Diagnosis sawan adalah bergantung kepada sejarah klinikal, iaitu diskrepsi kejadian sawan itu, dan dibantu dengan EEG (Electroencephalogram) dan imbasan otak, sama ada imbasan CT atau imbasan MRI otak.
by