Antara masalah jantung berlubang yang berlaku pada bayi baru lahir ialah kecacatan septum atrium atau ASD (atrial septal defect) dan kecacatan septum ventrikel atau VSD (ventrical septal defect). Menurut Dr. Hasri, kebiasaannya penutupan VSD secara pembedahan dibuat menggunakan tampalan fabrik atau tampalan perikardium iaitu tisu yang melapisi jantung.
Bagaimanapun, kadangkala ia juga boleh dibuat dengan terus saja menjahit tanpa ditampal manakala muskular VSD yang tertentu boleh ditutup secara transkateter menggunakan alat penutup VSD.
Dr Hasri juga berkata, data menunjukkan 50 peratus kanak-kanak sindrom Down turut mengalami masalah jantung berlubang.
Nombor Telefon : +60326178485
Institut jantung negara, No 145, Jalan Tun Razak, KL City, 50400, Kuala Lumpur