The Asian-Pacific Resource & Research Centre for W
- Rank 1355 of 1497
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’).
Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.