EcoKnights
- Rank 306 of 1497
Persatuan Sinar Salam (Teratak Arfidah) adalah sebuah rumah perlindungan yang memberi fokus kepada wanita berkrisis dan kanak-kanak terbiar. Disini akan diberi program ilmu agama/moral dan kehidupan demi untuk pembangunan diri ke arah melahirkan insan yang berdikari, berilmu, berkemahiran dan berwawasan.
Pengasasnya adalah Puan Arfidah Ab. Latif, yang aktif melakukan aktiviti sukarelawan. Beliau telah aktif melakukan temu seru atau ‘out – reach’ bagi mendekati golongan wanita berkrisis tanpa mengira bangsa dan agama sejak tahun 2001 di sekitar Chow Kit, Kg Periuk, Jalan TAR,Brickfields, Jalan Petaling dan Bukit Bintang. Antara kes yang ditangani termasuklah membela nasib wanita yang teraniaya terutamanya keganasan rumah tangga, membantu mereka yang ingin berubah ke pangkal jalan seperti pekerja seks dan penagih dadah wanita serta tempat perlindungan sementara untuk remaja yang termengandung agar dapat mengurangkan kadar bayi tidak berdosa dibuan merata- rata.
Pengasasnya berharap dengan wujudnya NGO ini maka hak golongan wanita bermasalah sosial terbela. Dengan itu mereka dapat menikmati kehidupan yang sejahtera dan bermaruah. Seterusnya mereka mampu kembali aktif menyumbangkan khidmat bakti demi pembangunan dan kemajuan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Keprihatinan dan kesedaran terutamanya dalam memberi khidmat bantuan dan nasihat kepada wanita yang kurang bernasib baik adalah fokus utama Persatuan Sinar Salam (Teratak Arfidah).