Persediaan Sebelum Pergi Melancong
Percutian adalah sesuatu pengalaman yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Terutamanya bagi mereka yang penat bekerja, inilah satu-satunya masa yang paling ideal untuk mereka merehatkan minda dan juga melepaskan diri daripada tekanan di pejabat. Seperti yang diketahui, kadang-kala perbelanjaan dalam sesuatu percutian mampu mengheret kita untuk berbelanja di luar kemampuan walaupun sebenarnya percutian itu hanya didalam negara sendiri. Maka disebabkan itu terdapat beberapa tips percutian dalam Malaysia yang ingin dikongsikan supaya ianya boleh dijadikan bahan rujukan kepada kaki travel dan backpackers.
Tempat Nak Dituju
Ia adalah faktor terpenting bagi sesuatu percutian, lebih-lebih lagi kepada orang yang mempunyai bajet yang terhad. Ini kerana pemilihan destinasi pelancongan itu sendiri haruslah dilihat dari segi kemampuan kewangan semasa. Tidak guna sekiranya tempat yang ditujui itu memerlukan perbelanjaan yang besar, tetapi keseronokan yang bakal diperolehi sama seperti lokasi percutian lain yang hampir sama dan lebih menjimatkan kos seperti contoh Sunway Lagoon dan Gambang Waterpark.
Kos Untuk Sesuatu Aktiviti Di Destinasi Tersebut
Kos ini termasuk kos pengangkutan ke tempat pelancongan atau tiket/caj untuk sesuatu aktiviti di destinasi tersebut. Termasuk juga tiket masuk ke muzium, taman laut atau bayaran masuk ke tapak warisan dunia. Sebelum nak masuk ke tempat itu kita google dulu untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.
Jadual
Rancang perjalanan anda semasa bercuti. Sediakan tentatif program supaya anda dapat membuat anggaran berapa kos yang perlu dikeluarkan. Kebiasaannya jika seseorang itu bercuti menggunakan ejen percutian, semua ini telah disediakan. Tetapi bagi persendirian juga tidak terkecuali, anda boleh membuat jadual perjalanan sendiri dengan merujuk laman blogger yang mengenai travel. Dalam masa yang sama juga, jadual perjalanan bukan hanya dapat menjimatkan perbelanjaan, bahkan tidak membazirkan masa dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Pakej Promosi
Salah satu cara yang paling mudah dan berkesan untuk berjimat adalah dengan mencari tawaran diskaun ataupun promosi-promosi menarik yang boleh didapati ketika berada di lokasi percutian. Lebih baik juga sekiranya info-info sebegitu dikaji terlebih dahulu melalui laman-laman blog kerana kebanyakan daripada mereka telah mempunyai pengalaman ketika berada disana. Semak juga akan kes-kes penipuan yang pernah berlaku bagi mengelakkan ia terjadi kepada anda. Selain itu juga,boleh di cari lookp dan travel agency untuk mendapatkan tempat-tempat yang menarik di bawah travel agent.
Tempahan Awal
Ini selalu merujuk kepada tiket pengangkutan dan juga tempat-tempat penginapan. Rasanya ramai orang telah sedar akan perkara ini. Tempahan awal selalunya menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Sebagai contoh jika destinasi percutian memerlukan anda untuk menaiki penerbangan, terdapat beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan harga tiket hampir 90% daripada harga asal. Jimat bukan? Oh ya, tidak dilupakan juga. Tempahan awal juga mampu menyelamatkan rancangan percutian anda sekiranya hari yang dipilih adalah cuti-cuti sekolah ataupun hari-hari perayaan.
Mendapat Maklumat Betul Tempat Penginapan Dulu Sebelum Tempahan
Buat booking tempat tinggal anda. Kami paling kerap menggunakan booking.com dan hotelclub.com. Malahan juga jika selalunya ada pakej sekali dengan penginapan. Untuk menjimatkan duit,baik ambil dengan pakej sekali dan mengelakkan pergi secara walk in sebab ini lagi mahal dari kita booking awal.
Memberitahu Kepada Keluarga
Beritahu kemana anda hendak pergi dan beri salinan perancangan perjalanan anda kepada keluarga agar mereka boleh tahu anda berada di mana sekiranya terjadi apa-apa.
Pergi Secara Berteman
Jika anda kurang berpengalaman, elakkan dari travel seorang diri. Sebaik-baiknya cuba pergi ke negara-negara yang kita ada kawan tempatan atau student kita yang belajar disana. Walaupun begitu, dalam perjalanan kami bila terjumpa orang Malaysia or Melayu (x kira dari rumpun apa) pasti kita akan lebih mesra dan senang untuk tolong menolong. (kecuali di negara-negara dimana orang melayu sangat ramai spt England dan Australia.)
Akhir sekali,melancong ini amat mudah dan murah jika kena caranya. Cuma anda perlu-perlu berhati-hati setiap masa kerana bantuan tidak akan datang dengan mudah dan pantas kepada anda. Cuba belajar sedikit-sedikit bahasa tempatan agar mudah urusan anda. Saya mengucapkan selamat berjalan. selamat bercuti dan selamat bergembira.
sifusempoi.com,hafizrahim.com,sayabackpacker.com