PERKAYA Terengganu business logo picture

PERKAYA Terengganu


Background
Claim business

PERKAYA diilihamkan oleh YAB Dato’ Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu (1970-1999) dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 8 April 1979. Beliau telah meminta YBM Dato’ Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi jawtankuasa Kebajikan Am dan Pemuliharaan Negeri Terengganu ketika itu “….untuk menangani masalah penderitaan dan kesusahan serta keperitan hidupyang dialami oleh sebahagian anak-anak yang bergelar ‘yatim’ ekoran kemiskinan keluarga, terbiar dan tidak mendapat layanan dan kemudahan asas yang diperlukan.” Lanjutan dari keputusan mesyuarat beberapa perbincangan telah djalankan melibatkan pelbagai kumpulan strategik untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik menangani isu ini. Penubuhan sebuah pertubuhan kebajikan anak-anak yatim merupakan kaedah terbaik yang diperolehi.


Service /Price Details

PERANAN PERKAYA
1. Mewujudkan satu pengurusan pertubuhan kebajikan yang cekap dan berkesan.
2. Memperkukuhkan dan mempelbagaikan sumber kewangan PERKAYA untuk berdikari dalam bidang kewangan.
3. Membina dan mengurusakan sebuah kompleks asrama anak yatim yang bestari.
4. Menubuhkan sebuah dana sebagai sumber tetap untuk membela kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Terengganu.

 

VISI & MISI PERKAYA

VISI
Untuk menjadikan sebuah pertubuhan kebajikan yang mantap dan berkemampuan membela nasib masa depan anak-anak yatim di Terengganu melalui pencapaian mereka yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya

MISI
Untuk mengabungkan tenaga sukarela dalam mengerakkan kegiatan yang mampu memberi pembelaan dan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak yatim di Terengganu

 

Start share your experience with PERKAYA Terengganu today!