Senior Kindergarten
- Rank 29 of 18212
Program pendidikan Prasekolah Tadika Agama Johor ( TAJ ) merupakan satu program pendidikan yang menitik beratkan perkembangan murid secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang sebagai persediaan diri untuk menghadapi alam persekolahan. Mula diasaskan pada tahun 2001 dan beroperasi di beberapa buah sekolah Agama Kerajaan Johor yang terpilih. Mulai tahun 2010 Program Pintar Al-Quran telah dilaksanakan di ksemua Tadika Agama Johor.Objektif program ini adalah seperti berikut:
1) Melahirkan kanak-kanak yang boleh khatam & membaca Al-Quran dengan baik seawal usia 6 tahun.
2) Melahirkan generasi yg celik Al-Quran.
3) Memuliakan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang teragung.