Safari Kid
- Rank 69 of 18212
Karisma Unggul ditubuhkan pada tahun 1994 manakala produk Cahayaku® telah dikeluarkan pada tahun 1998.Sistem Cahayaku® telah dicipta oleh seorang guru tadika, iaitu Chahaya Abdul Manan. Cahayaku® seterusnya diolah ke bentuk buku oleh rakannya Rohana Yahya.
Visi Syarikat ialah untuk melahirkan generasi yang dinamik dan cemerlang, bermula daripada umur seawal-awalnya 3 tahun dan melahirkan minat membaca di kalangan masyarakat. Sifar buta huruf menjelang tahun 2020.
Teknik Cahayaku® telahpun dibuktikan keberkesanannya dalam mengajar kanak-kanak normal dan kanak-kanak istimewa yang menghadapi masalah pembelajaran seperti down sindrom, disleksia, autisme dan hiperaktif. Kini syarikat dalam proses mengubahsuai teknik Cahayaku® untuk Bahasa Inggeris dalam masa yang terdekat ini.
Akhir sekali, Cahayaku® adalah jawapan dan sumber penyelesaian dalam dunia pembacaan Bahasa Melayu.