Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya business logo picture

Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya


Background
Claim business
Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membekalkan pendidikan awal kanak-kanak. Yuran bulanan (sumbangan ibu bapa) sini sangat murah disebabkan subsidi kerajaan, hanya sekitar 10% berbanding dengan tadika swasta.

Telefon atau melawat mereka sekarang untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Service /Price Details

Syarat-syarat kemasukan Tabika:

  1. Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.
  2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).
  3. Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2020 akan dibuka mulai Jun hingga Oktober 2019.
  4. Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.
  5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu seramai 25 orang sahaja.
  6. Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.
  7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.
  8. Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya pada minggu kedua bulan November 2019.

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-

  1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
  4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)
Reviewer profile
3.6
  • Quality
  • Environment
  • Value of Money
  • Availability
Tabika Kemas Bandar Puteri Jaya is a pre-school institution registered with Ministry of Education of Malaysia. You can be rest assured that they are complying with all the rules and regulations.
by
Reviewer profile
3.7
  • Quality
  • Environment
  • Value of Money
  • Availability
Yuran bulanan sangat murah, rasanya subsidi oleh kerajaan. Memang value for money, kalau masih ada tempat, cepat-cepat daftarkan anak anda kat Tabika Kemas Banda Puteri Jaya 1, Lorong 1/13, Bandar Puteri Jaya.
by