SMK Impian Emas business logo picture

SMK Impian Emas


Background
Claim business

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas diambil sempena nama taman perumahan tempat sekolah ini iaitu Taman Impian Emas. Alamat penuh sekolah ini ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IMPIAN EMAS, JALAN IMPIAN EMAS 10, TAMAN IMPIAN EMAS, 81300 JOHOR BAHRU.

 Sekolah ini dibina di atas tapak lot PTD 70980 Johor  Bahru seluas 16 hektar oleh sebuah syarikat swasta iaitu SYARIKAT NORLELA CONSTRUCTION SDN. BHD. Dan reka bentuknya direka oleh  ARKITEK LA ARCHITECT. Sekolah ini telah dibina berdasarkan konsep “Perundingan Pintareka Jumat”.

Kerja-kerja asas pembinaan telah dimulakan pada Januari 2000 dan dijangka siap pada Jun 2002. Namun disebabkan beberapa kekurangan, sekolah ini hanya dapat disiapkan sepenuhnya pada 28 Oktober 2002. Jarak antara sekolah ini dengan Bandaraya Johor Bahru ialah sejauh 13 kilometer. 

Sekolah Menengah  Kebangsaan Impian Emas ini dibuka secara rasmi pada 6 Januari 2005. Sekolah ini mempunyai  sebuah blok pentadbiran, 2 blok bilik darjah yang merangkumi 36 kelas,sebuah blok makmal,2 buah blok bengkel, sebuah surau,kantin,blok stor sukan,pondok pengawal,tempat menunggu bas, tempat letak basikal,34 lot tempat letak kereta guru,sebuah tapak gelanggang permainan dan sebuah padang.

Dengan moto sekolah ‘BERDISIPLIN,BERILMU, DAN BERMARUAH’ kami percaya sekolah ini akan terus berkembang maju seiring dengan era globalisasi menjelang 2012,seterusnya akan melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Reviewer profile
3.4
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
SMK Impian Emas merupakan salah sebuah sekolah subsidi oleh kerajaan Malaysia. Ia memberikan pendidikan percuma dan berkualiti.
by
Reviewer profile
3.4
  • Quality
  • Environment
  • Performance
  • Availability
People in Skudai is fortunate to have SMK Impian Emas situated here, to receive the free eductaion
by