KPMG Tax Services Petaling Jaya
- Rank 25 of 1618
Radzi & Co adalah sebuah firma akauntan yang bertauliah yang menyediakan perkhidmatan yang diyakini dan dipercayai berkaitan dengan laporan kewangan, percukaian, audit dan khidmat kesetiausahan syarikat kepada pelanggan. Kami bersedia menghulurkan bantuan yang terbaik kepada pelanggan dari pelbagai sudut masalah yang dikemukakan dengan selesa di bawah satu bumbung.
Firma kami beroperasi dengan kepakaran yang tinggi dan berpengalaman yang luas dalam bidang ini untuk membantu pelanggan berkaitan dengan pengurusan dan nasihat kewangan, merekod akaun, menyediakan pulangan cukai pendapatan, menyediakan penyata kewangan, rancangan perniagaan, nasihat percukaian, analisis penanda aras, kepatuhan pengurusan dan khidmat perniagaan kepada pelanggan.
Kami berkembang maju dalam menghadapi cabaran dan peluang yang datang dari tugas-tugas yang telah dilaksanakan. Membantu klient di setiap peringkat perkembangan mereka secara tidak langsung membantu kami membina jalinan yang baik diantara mereka. Saban tahun, menjadi kebanggaan kami untuk menyediakan platform yang memudahkan pelanggan berkaitan dengan bidang ini dengan kepuasan yang maksima.
Firma ini adalah ahli kepada institusi professional seperti berikut:
· Malaysian Institute of Accountants (MIA)
· Instituted of Approved Company Secretary (IACS)
· Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM)
Antara perkhidmatan yang kami sediakan ialah: