Background
Claim business Pusat Tuisyen Juara Lestari (PTJL) telah ditubuhkan pada bulan November 2013 dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan tuisyen yang berkualiti untuk pelajar-pelajar di Bandar Tasik Puteri (BTP). Sebelum PTJL mula beroperasi, pelajar-pelajar BTP terpaksa berulang alik ke Bandar Country Homes dan juga Pusat Bandar Rawang untuk mendapatkan perkhidmatan tuisyen yang berkualiti. PTJL dikendalikan oleh pihak pengurusan yang mempunyai pengalaman yang luas (lebih 10 tahun) dalam pengendalian pusat tuisyen serta mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman, berkualiti dan berdedikasi.