Prof. Dr. Zainul Rashid Mohd Razi

1 Comments

More Info
Reviewer profile
Menurut Prof Datuk Dr. Zainul Rashid, apabila lelaki hanya mempunyai sperma pramatang, sperma tersebut tidak dapat bersenyawa dengan ovum secara semula jadi. Terdapat lima peringkat untuk menghasilkan sperma iaitu dari spermatogonia yang primitif sehingga terbentuk sperma yang matang dengan ekor yang panjang. Disebabkan kekurangan enzim yang masih belum lagi dikenal pasti, lelaki tersebut hanya dapat menghasilkan Spermatid sepanjang hidupnya, namun bilangan kromosom dan komponen genetik sudah sempurna menyerupai sperma yang matang. Spermatid secara semula jadi tidak mampu untuk bersenyawa, kerana sperma tersebut tidak mempunyai ekor untuk bergerak. Oleh itu, pasangan tidak akan dapat menghasilkan bayi secara semula jadi.
by