Background
Claim businessProjek bernama POSITIVE SHELTER HOME ( POSHE ) adalah sabuah rumah perantaraan (half-way-home) dan perlindungan untuk kanak-kanak dan wanita dewasa pembawa HIV/AIDS. Projek ini adalah dibawah Pertubuhan Pelindungan Pembawa HIV Positif Wilayah Persekutuan dan Selangor yang telah didaftar dengan Registration Of Society (ROS) pada bulan Januari 2009. Projek ini telah dihasilkan dengan tujuan untuk melindung, menjaga dan membela hak kanak-kanak dan memulih semangat wanita dewasa. Berikutan fenomena tragik HIV/AIDS di Malaysia sekarang, jumlah kanak-kanak yatim/piatu pembawa HIV/AIDS juga bertambah. POSHE sekarang mempunyai 8 kanak-kanak yang menjadi mangsa HIV Positif dan mereka bergantung dengan ubat untuk meneruskan kehidupan selagi belum ada ubat penawar untuk menghapuskan virus yang ada dalam darah mereka. Nasib mereka ini juga masih menghadapi stigma dan disriminasi.
Service /Price Details
- Untuk rawatan kesihatan setiap penghuni wajib berjumpa doctor untuk rawatan lanjutan, mendapatkan bekalan ubat dan sebagainya. Kami memerlukan kenderaan untuk membawa mereka dan bila balik nanti akan membawa balik bekalan ubat-ubatan yang diberi oleh pihat hospital untuk bekalan tiga bulan bagi setiap penghuni HIV positif.
- Untuk persekolahan, kenderaan juga sangat diperlukan untuk menhantar kanak-kanak pergi dan balik sekolah bagi dua sessi.
- Kami juga perlukan kenderaan untuk membeli-belah barangan dan keperluan rumah dan barangan dapur dipasar.
- Untuk merancang acara outing dan retreat POSHE mengharapkan bantuan sponsor atau penaja untk menyediakan kenderaan supaya semua penghuni POSHE dan kakitangan nya dapat ikut bersama.
- Dengan penjelasan rengkas ini kami harap pihak tuan/puan dapat membantu TABUNG DANA kami, menderma kenderaan yang boleh membawa penghuni rumah POSHE ketempat tujuan aktiviti harian dan bulanan serta bayaran sewa rumah kerana kami belum mampu beli rumah sendiri
- Atas kerjasama dan keperihatinan pihak yang tertentu dalam perkara ini sangatlah dihargai dan didahului ribuan terima kasih. Semoga amal jariah yang dituntut dalam Fardhu Fikhayah mendatangkan berkat dan pahala kepada yang menghulurkan bantuan.