Remedic Healthcare Foundation (RHF)
- Rank 1107 of 1497
Silat Seni Pusaka Tujuh diasaskan daripada gabungan pelbagai kemahiran seni beladiri yang telah dipelajari dan disilibuskan dengan membuang apa sahaja elemen kebatinan dari seni beladiri tersebut oleh Guru Utamanya, Encik Zubir bin Mat Isa.
Antara seni beladiri yang dipelajari oleh beliau daripada usia remaja sehinggalah disusun menjadi Silat Seni Pusaka Tujuh ialah Muay Thai , Seni Persaudaraan Nasrul Haq, Silat Terelak, Karate do, Tai Chi, Depowoojo (silat Jawa) dan Gerak Alam Suci Pencak Silat Indonesia (Cimande).
Bermula dari cara yang tidak tersusun, Zubir Mat Isa telah menyusun latihan dan jurus sehingga menjadi satu silibus yang merangkumi berbagai teknik dan taktik dari berbagai asas persilatan serta seni beladiri dan silibus inilah yang di namakan Pusaka Tujuh.