Caram Asia Berhad
- Rank 233 of 1497
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan sokongan penuh kami kepada titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mengingatkan bahawa tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan kuasa Raja-raja Melayu berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.
PEMBELA merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.