Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) business logo picture

Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat)


Background
Claim business

Rumah anak yatim di bawah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) dikenali sebagai Rumah Barkat. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (PKAYJ) telah ditubuhkan pada hari Ahad 1 Januari 1978 di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah , Jalan Duke, Johor Bahru.

Dengan semangat yang penuh kesedaran dan keinsafan ahli-ahli perseorangan, sukarelawan, pertubuhan politik dan kebajikan sukarela, pegawai-pegawai kerajaan dan ahli perniagaan yang hadir pada hari itu telah bersetuju menubuhkan PKAYJ untuk memberikan bantuan, pertolongan, bimbingan, asuhan didikan rohani dan jasmani agar anak-anak yatim piatu / yatim bapa ini menjadi seorang insan yang terbela hidupnya dan bertaqwa.

Pada 30 Oktober 1979 Kerajaan Negeri Johor telah meminjamkan sebuah rumah kediaman pegawainya di No. 118, Jalan Bukit Cagar, Johor Bahru kepada pertubuhan ini dan PKAYJ telah menamakannya “ RUMAH BARKAT ”.


Service /Price Details

Visi kami

Menjadikan Rumah Barkat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor sebagai rumah idaman anak-anak yatim yang terulung.

Misi kami
Memberi kesedaran kepada anak-anak yatim bahawa yatim bukanlah suatu tembok penghalang untuk mencapai matlamat hidup cemerlang.

Matlamat kami
Berusaha melahirkan insan berilmu, berakhlak untuk mencapai kesejahteraan diri, bagi keharmonian, kemakmuran serta sejahtera di dunia dan akhirat.

Start share your experience with Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Johor (Rumah Barkat) today!