Persatuan Warga Emas India Daerah Rembau,
- Rank 893 of 1497
Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Darul Khusus ( PEYAKIN ) Negeri Sembilan adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang didaftarkan di bawah Akta di mana ianya menyediakan kemudahan asrama bagi anak-anak yatim. Pertubuhan ini ditubuhkan pada awal bulan Mac 2007 dan sesi pengambilan pertama iaitu seramai 31 orang ( lelaki dan perempuan ). Asrama dikenali Asrama Putera & Puteri Harapan PEYAKIN NS dan boleh menempatkan seramai 40 orang anak-anak yatim dan miskin pada satu-satu masa.
Pertubuhan ini bukan sahaja membela nasib anak-anak yatim dan miskin tetapi juga memastikan anak-anak ini dididik dan diasuh dengan displin meliputi fizikal, mental dan rohani. Pertubuhan ini berharap agar anak-anak ini cemerlang dalam bidang pendidikan sehingga ke peringkat tertinggi dan pada masa yang sama akhlak dan tingkahlaku juga adalah terpuji. Dengan ini mereka bukan sahaja menjadi harapan kepada keluarga malah kepada agama, bangsa dan Negara.
Visi kami
Menjadi penjana pembangunan fizikal, mental dan spiritual yang versatil untuk anak-anak yatim dan miskin.
Misi kami
Meningkatkan tahap disiplin dan akademik cemerlang untuk anak-anak