Pertubuhan Jamaat Islah Malaysia (JIM) business logo picture

Pertubuhan Jamaat Islah Malaysia (JIM)


Background
Claim business

Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia atau JIM, mengasaskan kewujudannya dengan menghayati pengertian al-islah yang membawa maksud pembaikan, pembaharuan serta mewujudkan perdamaian.

 

JIM adalah gerakan Islam yang menjadikan aktiviti-aktiviti da’wah dan pembangunan sosial sebagai teras aktivismenya.

 

Ruang untuk JIM bergerak bagi menjayakan program-program pengislahan dan pembangunan ummah adalah terlalu luas dengan ia terus mengambil susuk sebagai sebuah organisasi da’wah dan sosial. JIM akan terus beriltizam menjadi salah sebuah entiti strategik dalam ummah ini bagi melahirkan golongan saleh wa musleh.

 


Service /Price Details

Visi kami

  • Visi JIM adalah untuk Membangun sebuah negara Malaysia yang melaksanakan sepenuhnya syariat Islam menjelang 2020.

 

Misi kami

  • Membangun sumber manusia untuk melahirkan insan saleh wa musleh;
  • Membudaya pendekatan perkongsian dan permuafakatan; dan
  • Mengislah dan menggembleng masyarakat ke arah penegakan kebenaran dan keadilan sejagat Kesemua ini dirumuskan oleh motto JIM, “Bersama Islam Membina Masyarakat”

 

Start share your experience with Pertubuhan Jamaat Islah Malaysia (JIM) today!