Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA) business logo picture

Pertubuhan Bela Didik Anak Yatim Islam (BEDAYA)


Background
Claim business

BEDAYA terus memberi khidmat untuk menyara anak-anak yatim yang dapat menyesuaikan diri dengan peraturan-peraturan, disiplin dan keadaan bangunan baru BEDAYA. Pengurusan dan anak-anak BEDAYA telah mula berpindah ke bangunan tiga tingkat BEDAYA mulai 6 hb. Okt. 2001.

Bangunan baru tiga tingkat BEDAYA ini dapat menampung penghuni sehingga 250 orang. Pengambilannya dijangka dibuat dalam beberapa peringkat. Kemasukan penghuni BEDAYA akan ditapis mengikut status kelayakan menduduki rumah BEDAYA.

Dengan menduduki bangunan baru tiga tingkat ini suasana pembelajaran akan lebih sempurna. Segala kesulitan dan kesesakkan tempat dan katil penghuni tidak menjadi masaalah lagi. Penghuni rumah baru BEDAYA kini telah menjangkau 60 orang yang terdiri dari kanak-kanak lelaki dari daerah Kulim dan Bandar Bahru. Pengambilan yang seterusnya dijangka merangkumi seluruh Negeri Kedah.


Service /Price Details

Aktiviti kami

Berbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak BEDAYA. Objektif-objektif penting aktiviti-aktiviti tersebut di antara lain ialah untuk:-

  • menambah ilmu pengetahuan,
  • melihat dunia luar dengan lebih dekat,
  • menguji daya mental dan fizikal, dan
  • membina nilai-nilai kemasyarakatan yang berfaedah

Keperluan kami

Pembelaan dan pendidikan anak-anak yatim di BEDAYA memerlukan berbagai bentuk sumbangan dari masyarakat. Sumbangan-sumbangan utama yang amat diperlukan adalah seperti:-

  • Tenaga Pengajar — Untuk membimbing para penghuni ke arah mencapai kejayaan dalam apa jua bidang akademik, terutamanya subjek-subjek teras UPSR, PMR, SPM, dan, Al-Quran dan tajwid.
  • Sukarelawan Aktiviti — Untuk mengisi masa lapang para penghuni dengan aktiviti-aktiviti riadah yang dapat memupuk semangat berdaya saing dan kerjasama, dan juga sebagai pencurah kasih-sayang.
  • Makanan dan Minuman — Untuk meringankan beban BEDAYA dari segi perbelanjaan makanan.
  • Wang — Untuk menampung perbelanjaan harian para penghuni yang semangkin meningkat dari tahun ke tahun.
Reviewer profile
4.0
  • Experienced
  • Friendly
  • Dedication
  • Environment
You are allowed to deduct 7% of your aggregate income to reduce your chargeable income by donate to them.
by