Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak business logo picture

Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak


Background
Claim business

Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak (PITMP) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah ditubuhkan pada 13 April 2004. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan tujuan seperti berikut:


Tujuan/Matlamat

  • Menjadi kumpulan sokongan dalam menjaga kebajikan para ibu tunggal serta prihatin tentang kehidupan mereka.
  • Memberi sokongan dan khidmat nasihat kepada ibu tunggal supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat.
  • Saling bantu membantu, memberi kerjasama dan berusaha untuk meningkat imej serta maruah ibu tunggal.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan social dan amal supaya ibu tunggal dan keluarga mereka dapat berinteraksi dan bertukar fikiran bagi mengeratkan hubungan sesama mereka.
  • Mengadakan kursus, kelas, bengkel, seminar dalam pelbagai bidang yang boleh membantu para ibu tunggal mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman mereka.
  • Menjalankan aktiviti ekonomi atau perniagaan dan memiliki harta alih atau tidak alih termasuk tanah, bangunan atau saham-saham pelaburan.
  • Menerima sumbangan, pemberian dari individu, badan-badan termasuk pihak kerajaan sama ada dalam bentuk kewangan atau material atau mengadakan aktiviti-aktiviti bagi menambahkan sumber kewangan dan juga memohon sumbangan derma daripada pihak tertentu dengan syarat mendapat kebenaran daripada pihak yang berkuasa.
  • Berusaha bagi membantu anak-anak ibu tunggal yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pelajaran dan kehidupan yang lebih selesa.
  • Mewujudkan kemudahan khidmat nasihat kekeluargaan, pendidikan, ekonomi dan social.
  • Mewujudkan seramai mungkin usahawan dikalangan ibu tunggal.

 

Start share your experience with Persatuan Ibu Tunggal Muslimah Perak today!