Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu business logo picture

Pejabat Pertanian Daerah Hulu Terengganu


Background
Claim business

Objektif

  • Memberi perkhidmatan perundangan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.
  • Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.
  • Mewujudkan kumpulan tenaga kerja yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.
  • Melindungi tanaman-tanaman negara (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.
  • Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.
  • Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

Service /Price Details

Fungsi

  • Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.
  • Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.
  • Membangunkan sumber maklumat pertanian negara untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.
  • Menjalankan latihan di Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.
  • Mengawalselia mutu bahan/benih tanaman negara.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam negara adalah yang berkualiti dan penggunaannya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.
  • Melaksanakan penguatkuasaan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman negara untuk memenuhi peraturan-peraturan kuarantin negara pengimport.
  • Melaksanakan Penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Bagi Spesies-Spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.
  • Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.
Reviewer profile
3.0
  • Experienced
  • Friendly
  • Processing Fees
  • Waiting Time

Jabatan Pertanian Negeri Terengganu memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

Serta menyediakan latihan di Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sektor pertanian.

by
Reviewer profile
4.1
  • Experienced
  • Friendly
  • Processing Fees
  • Waiting Time
In the Auditor Report of 2011, Jabatan Pertanian was rated 'Good' in the section of Accountability Index Rating, with the score of 76.6 out of 100.
by