Ronald McDonald Children's Charities Fund of Malay
- Rank 1114 of 1497
Madrasah Hashimiah telah ditubuhkan lebih 10 tahun dan bermula dengan 3 orang murid sahaja. Bermula dengan tiga orang murid, Ustaz Hashim memberi bimbingan kelas agama dan al-Quran kepada mereka. Situasi sekarang yang tidak membenarkan anak-anak pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim ini mendapat pendidikan formal di sekolah tempatan, membuatkan jumlah anak murid Ustaz Hashim bertambah dari tahun ke tahun. Dan kini pada tahun 2010, jumlah anak muridnya mencapai hampir 130 orang dimana hampir kesemuanya merupakan anak-anak yatim atau anak-anak fakir miskin. Hampir 40 orang anak muridnya tinggal di asrama Madrasah Hashimiah dan selebihnya tinggal bersama ibu bapa atau waris saudara mara. Alhamdulillah, sekian tahun berkembang, kini Madrasah Hashimiah juga menyediakan kelas akademik asas seperti Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Myanmar disamping kelas agama seperti Fardhu Ain, Iqra dan Tahfiz Quran.
Madrasah Hashimiah ini tidak mendapat sebarang bantuan kewangan tetap dari mana-mana pihak kerana status sekolahnya sebagai sekolah pelarian. Ustaz Hashim selaku pengetua Madrasah Hashimiah bertanggungjawab untuk mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan sekolah yang mencapai RM7000 sebulan. Penat lelah Ustaz Hashim yang membuat kelas Quran dengan kaedah ‘Home Tuition’ sedikit sebanyak telah digunakan untuk perbelanjaan Madrasah Hashimiah.
Ustaz Hashim amat mengalukan orang ramai untuk datang memberi sumbangan atau bantuan kepada anak-anak yatim dan miskin Madrasah Hashimiah ini. Berkat sumbangan orang ramai, sentiasa akan didoakannya agar memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat, insyaAllah.