Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Tambun Ipoh business logo picture

Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Tambun Ipoh


Background
Claim business
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN adalah sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafazan Al Quran sebagai subjek teras. Maahad Tahfiz Al Quran cawangan yang ke-7 ini ditubuhkan pada Februari 2008 dan telah didaftarkan di bawah Seksyen 6 (5) Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996, No Pendaftaran JAIPk/TAHFIZ/IP.134/09 dan No Siri Sijil ialah 1092. Maahad ini telah diwakafkan oleh sebuah keluarga dan Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak, pengerusinya ialah Dato Syeikh Mohamah Nor B Mansor Al Hafiz. Kini MTQ ADDIN 7 dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN. Pada peringkat awal operasi Maahad ini, ia dikendalikan oleh Tuan Haji Hamdan bersama beberapa orang sukarelawan dan ketika pembukaan Maahad ini, pelajar yang berdaftar adalah 24 orang sahaja. Setelah hampir 5 tahun beroperasi, MTQ ADDIN 7 telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan kini Maahad ini telah memiliki infrastruktur yang sederhana lengkap dengan bangunan asrama, kelas pengajian, surau, bangunan pejabat, dan perpustakaan yang mampu menampung dengan jumlah pelajar sebanyak 65 orang dan 10 orang kakitangan Maahad.
Start share your experience with Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Tambun Ipoh today!