Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Seruan Islam business logo picture

Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Seruan Islam


Background
Claim business
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 11 Seruan Islam adalah sebuah sekolah agama rakyat yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perak bernombor JAIPk/SMAR/BG.01/97. Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN 11 merupakan cawangan yang kesebelas dibawah naungan MTQ ADDIN yang berpusat di Malim Nawar yang dipengerusikan oleh Dato' Sheikh Mohamah Nor Mansur Al-Hafiz (Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak).

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN 11 Seruan Islam adalah Institusi Pendidikan Islam Swasta dan berasrama penuh yang memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras. Maahad ini mula beroperasi pada awal bulan Mac 2012 dan beralamat di No.9, Bangunan Bulan Bintang, Persekutuan Seruan Islam,Jalan Seruan,30250 Ipoh.
Maahad ini diuruskan oleh Ustaz Mohd. Sabri B. Nordin sebagai Ketua Penyelaras Jawatankuasa Penyelaras Maahad dan Ustazah Nur Hamizah Binti Ismail sebagai Pengetua MTQ ADDIN 11,Seruan Islam dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Jemaah Pengurusan sekolah manakala guru dan kakitangan seramai 14 orang. Jumlah pelajar setakat bulan Julai 2013 adalah seramai 81 orang.
Start share your experience with Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Seruan Islam today!