Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Malin Nawar business logo picture

Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Malin Nawar


Background
Claim business
Pada awal Disember 1993, projek Sekolah Agama Rakyat Kg Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak mula beroperasi, terletak di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p iaitu tanah wakaf Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak. Dua buah bangunan ( 5 bilik darjah ) yang telah siap dibina oleh Pejabat Daerah Kinta di bawah peruntukan Pembangunan Luar Bandar pada masa itu, telah digunakan sepenuhnya bagi kegunaan pelajar sebagai bilik darjah dan asrama. Jamaah Pengurusan telah memilih bidang Hafazan Al Quran sebagai subjek teras. Dengan itu sekolah ini telah dinamakan Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN ( Ringkasnya MTQ ADDIN ) Maahad ini adalah sebuah sekolah swasta berasrama penuh dan didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak D.R pada 17 Disember 1993 dengan nombor pendaftarannya : Japk/SMAR/Bg.01/97 setelah Enakmen Kawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996 dikuatkuasakan.
Start share your experience with Maahad Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat Addin - Malin Nawar today!