Loi Choi Kit 吕彩洁
- Rank 452 of 817
LOS Upline: | Kenny Chin |
---|
Pada 1986, Fong Lin menemui penajanya Yow Yan Mooi. Mulanya Yan Moi tidak fikir Amway sesuai untuk Fong Lin kerana kurang kelayakan, lingkungan rakan yang terhad dan kurang kemahiran pengucapan awam. Suami Fong Lin, Victor juga menentangnya kerana yakin bahawa beliau sendiri boleh menyara Fong Lin dari segi kewangan dengan kerjaya sebagai seorang profesional. Kefahaman yang lebih baik memberikan mereka perspektif baru. Mereka mula melihat Amway sebagai peluang untuk orang yang ingin mengubah gaya hidup mereka. Jadi, mereka bermula dari bawah, memberikan usaha terbaik dan dianugerahkan dengan kelayakan sebagai Intan.
Mereka mendaftar pada 1986 dan membina asas yang kukuh hanya dalam 2 tahun. Dari tahun 1989 dan seterusnya, mereka telah dijemput ke Seminar Kepimpinan di luar negara. Impian mereka ingin menjelajah dunia menjadi realiti. Membina perniagaan ini juga membantu menambah baik jati diri dan keyakinan Fong Lin. Mereka menjadi lebih berani dan positif, semuanya kerana galakan dan perkongsian oleh pemimpin-pemimpin.