Dulu saya takut sangat nak ke Klinik Dr Fatma, takut kasar rawatan, takut sakit dan takut mahal rawatan disitu.
Saya bersyukur kepada kawan baik saya yang suruh saya jumpa Dr Partap, salepas sudah belanja duit yang banyak, masa berberapa kali rawatan yang sama(terpaksa dibuat semula, oleh lima doktor gigi yang lain) dan kesakitan yang berpanjangan kerana masalah gigi retak saya tidak dapat di kesan mereka dan rawatan akar yang tak sempurna.
Sekarang semua masalah pergigian saya sudah selesai, tiada sakit lagi, tidak kasar pun, belanja lebih murah dari buat rawatan berberapa kali yang saya terpaksa bayar.
Terima kasih Rizal kerana perkenalkan Dr Partap kepada saya. Saya amat puas hati dengan rawatan Dr Partap, tak pergi dah klinik gigi lain.