Background
Claim businessInstitut Kajian Dasar (IKD) ditubuhkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1985 sebagai penubuhan nir-laba bukan kerajaan yang berdedikasi untuk melahirkan kebangkitan kebudayaan, pembentukan masyarakat madani dan mempromosi interaksi antara negara- negara Asia Tenggara dan di luarnya. Juga menawarkan forum untuk para sarjana, pembuat dasar, dan lain- lain untuk berinteraksi, menganjurkan persidangan, seminar, latihan dan perundingan dalam isu- isu semasa yang penting.
Service /Price Details
Objectif IKD
- Menjalankan, atau bekerjasama dalam menjalankan kajian berkaitan pembangunan eknomi dan sosial di Malaysia dengan memberi tumpuan khusus kepada pembangunan manusia sebagai pra- syarat bagi bentuk- bentuk pembangunan yang lain.
- Menjalankan kajian tentang hubungan kepercayaan- kepercayaan agama dan prinsip- prinsip kerohanian, moral dan etika dalam merumuskan dasar dan matlamat strategik.
- Menyediakan ruang untuk para sarjana, pembuat dasar, dan pihak- pihak yang berminat untuk membincang dan merumuskan idea kearah pembangunan yang positif dan menjalankan kegiatan penerbitan yang dapat menerbitkan idea- idea kreatif, kritikal dan pemandu bagi isu- isu sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan.
- Menganjurklan dan mengendalikan persidangan, seminar, perbincangan berkumpulan, dan syarahan umum, untuk kelompok professional, pentadbir, aktivis sosial, belia dan pemimpin pelajar, di samping masyarakat umum, bagi meningkatkan tahap kesedaran, kebertanggungjawaban, dan akauntabiliti ke arah pembangunan negara secara holistik.