Background
Claim businessABADA melihat kepada institusi yang berada di bawahnya sekarang dan akan datang, sudah memberi gambaran yang sangat jelas akan keperluan kompleks pendidikan dan pentadbiran, transformasi kemudahan dan tenaga pendidik yang lengkap adalah sangat terdesak untuk membantu memenuhi impian pelajar mencapai tahap cemerlang, gemilang, terbilang dan handalan. ABADA dengan membesarkan segala Himmah, menghadapkan segala Inayah, bersungguh-sungguh usaha pada saban tahun sangat memerlukan belanja yang besar hasil pengorbanan Infaq Fisabilillah berasaskan konsep Amal Jariah kepada Tabung Dana Pendidikan dan Kebajikan untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti, menjayakan program-program atas tujuan penyebaran dan perkembangan Agama Islam.