Young Men's Christian Association Kuala Lumpur (YM
- Rank 1492 of 1497
Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata ‘Frinjan’ diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, ‘fringe’. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.
Frinjan berpendirian untuk memanfaatkan seni sebagai medium untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial politik yang berlaku, sering bekerjasama dengan badan bukan kerajaan, komuniti seni dan institusi pendidikan.
Frinjan turut berhasrat untuk memanfaatkan seni sebagai medium pemerkasaan anak-anak muda untuk mendepani pemasalahan yang berlaku di mana-mana.
Program kami
Pekan Frinjan
Acara utamanya ialah Pekan Frinjan di Dataran Shah Alam (akan berpindah ke Laman Budaya & Kompleks Belia Seksyen 7) yang bermula pada 1hb Mac 2009 dan sehingga kini, November 2012 sudah 29 kali dilangsungkan. Sesiapa sahaja boleh mengekspresikan diri mereka di pentas Pekan Frinjan tanpa ada batas politik, sosial, darjat mahupun ras.
Rumah Frinjan
Rumah Frinjan hadir dengan konsep ruang untuk diguna dan dikongsi oleh teman-teman seperjuangan yang lain. Sehingga kini kami sudah tolong menolong membuat;
Residensi
Selain aktiviti dan ruang, Rumah Frinjan juga meresidenkan pemuzik, penulis dan tamu dari luar negara dan juga dalam negara. Band asal Bandung, Bottlesmoker telah menjadi tetamu kehormat pertama kami diiukti Efek Rumah Kaca.
Kami juga akan menghantar pengkarya dari Malaysia untuk program residensi di luar negara pada tahun 2011
Kotak Hitam
Kotak Hitam adalah acara tidak berkala yang dilangsungkan di MAP @ Publika, Dutamas. Kotak Hitam yang mengambil nama lokasi acara iaitu ‘Black Box’ sebuah tempat tertutup merupakan perpanjangan kepada Pekan Frinjan yang diadakan di tempat terbuka dan penekanan diberikan khas kepada projek-projek koloborasi bersama kumpulan-kumpulan seni lain untuk meraikan dan memeriahkan ruang seni baru yang tumbuh ini.
Forum Frinjan
Forum tidak berkala secara serius dan ada kala santai diadakan di ruang baru bernama 50B di Bangsar untuk mendiskusikan hal-hal seputar ekonomi, politik dan sosial.
Sekolah Seni
Sedang dalam perancangan
Kami di Frinjan adalah kolektif longgar yang tidak leceh dan memilih-milih. Asal tujuan baik dan jelas untuk masyarakat, kami tiada masalah untuk menolong semaksimanya.
Lebih ramai lebih gurih dan inilah yang akan membentuk Frinjan sebenarnya. Kami bukan independen melainkan interdependen dalam hal ini.