Menurut Dr Rishikesan, ramai tidak mengetahui bahawa kes jatuh dan maut secara tiba-tiba disebabkan oleh pendarahan. Terdapat dua situasi yang mengaitkan kes ini. Pertama, seseorang yang masuk ke bilik air untuk membuang air besar, kemudian dia meneran dan selepas selesai dia pun bangun. Tanpa sedar, tekanan darah menjadi rendah. Ini menyebabkan individu tersebut pengsan lalu jatuh hingga terhantuk. Ada juga kes pendarahan yang menyebabkan salur darah dalam otak tiba-tiba pecah. Ini biasanya berlaku apabila seseorang itu meneran ketika membuang air besar hingga menyebabkan tekanan darah naik. Kedua-dua situasi ini hanya boleh dikesan selepas melakukan ujian imbasan ke atas mangsa.
Nombor Telefon : +603-22960723 Ext. 2723 +603-2296 0735 Ext. 2735
Pantai Hospital Kuala Lumpur 8, Jalan Bukit Pantai, Taman Bukit Pantai, 59100, Kuala Lumpur