Dr. Philip N. Jeremiah business logo picture

Dr. Philip N. Jeremiah

Reviewer profile
Dr. Philip N. Jeremiah is a member of Specialty Subcommittee in the field of Nephrology, representing Academy of Medicine of Malaysia, AMM.
by
Reviewer profile
Menurut Pakar Perubatan dan Nephrologi, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Dr. Philip N. Jeremiah, kegagalan buah pinggang adalah penyakit yang perlu diberikan perhatian khusus kerana sekiranya tidak mendapatkan rawatan awal boleh menyebabkan pesakit merana seumur hidup kerana terpaksa menjalani proses dialisis. Beliau berkata, kegagalan buah pinggang bukan hanya berlaku pada orang dewasa, malah kanak-kanak turut berisiko tinggi untuk mendapat penyakit tersebut. Penyakit yang tidak mengenal jantina dan umur kerana semua individu tidak kira lelaki mahu pun perempuan, tua atau muda berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini. Oleh yang demikian setiap individu adalah dinasihatkan agar menitik beratkan kesihatan diri masing-masing dengan membuat pemeriksaan secara berkala untuk mengesan penyakit sekiranya ada. Dengan ini secara tidak langsung penyakit yang dihidapi akan dapat dirawat pada peringkat awal, ujarnya ketika ditemui di kliniknya, baru-baru ini.
by