Dr. N. Ramesh Narenthiranathan business logo picture

Dr. N. Ramesh Narenthiranathan

Reviewer profile
Kajian bagaimanapun mendapati 80 peratus pesakit strok dapat dirawat dengan mengubah gaya hidup kepada amalan yang lebih sihat dan mendapatkan rawatan susulan. "Apabila diserang strok, pendarahan atau bahagian otak yang terjejas itu mungkin agak besar. Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri perlu segera dihantar ke hospital. Dalam situasi itu kematian mungkin boleh berlaku. Namun, tidak semua serangan strok membawa maut. Jika bahagian yang terjejas itu tidak berapa besar, peluang untuk hidup itu cerah dan pesakit perlu dirawat untuk membolehkan mereka boleh diselamatkan, jelas Perunding Neurologi di ADMC, Dr. N. Ramesh Narenthiranathan. Rawatan itu juga penting kerana ia boleh mengembalikan kemampuan seseorang pesakit untuk berdikari dalam urusan seharian tanpa bergantung kepada bantuan orang lain. Katanya lagi, dengan mendapatkan rawatan yang cepat dan mengikuti proses rehabilitasi dalam tempoh enam bulan hingga dua tahun, pesakit strok boleh pulih sepenuhnya seperti sedia kala.
by
Reviewer profile
Dr Ramesh berkata rawatan kecederaan otak traumatik bergantung kepada kecederaan dan mungkin memerlukan intervensi seperti ubatan, pembedahan kecemasan atau pembedahan selepas beberapa tahun mengalami impak cedera.
by