Dr Shazly Bin Safian business logo picture

Dr Shazly Bin Safian

Reviewer profile
592904 review images

Saya melihat video mengenai bersunat oleh Dr Shazly, Pakar Bedah Am di halaman facebook Pantai Hospital Laguna Merbok. Saya juga telah membuat temujanji melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan semuanya diuruskan oleh pihak hospital.

Setelah selesai menjalani prosedur bersunat, Dr shazly banyak memberikan penerangan mengenai penjagaan selepas bersunat. Saya amat berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh Dr Shazly. Apa yang saya lihat, jahitannya cantik, cepat sembuh dan juga tiada sebarang jangkitan yang berlaku.

Servis yang diberikan oleh bahagian kecemasan semasa melakukan ujian Swab test sebelum kemasukan wad juga menarik perhatian saya kerana anak saya tidak menangis sama sekali. Kakitangan bahagian kecemasan sangat profesional dalam menenangkan anak saya yang berusia 5 tahun.

by
Reviewer profile
592902 review images

Saya mengalami sesak nafas dan sakit di bahagian perut setelah pulang dari kerja. Isteri saya terus menghubungi ambulans Pantai Hospital Laguna Merbok kerana saya sudah tidak mampu untuk bergerak kerana mengalami sesak nafas.

Setelah diperiksa oleh Dr Shazly Safian di bahagian kecemasan, saya diberitahu bahawa perlu menjalani pemeriksaan OGDS iaitu Skop pemeriksaan perut. Setelah selesai menjalani pemeriksaan tersebut, saya tidak merasa sakit sama sekali. OGDS yang dijalankan pun sangat pantas tanpa saya sedar.

Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sahaja, saya hanya mengalami gastrik yang menyebabkan saya sakit di bahagian perut dan sukar bernafas. Terima kasih kepada Dr Shazly dan Pihak Kecemasan kerana memberikan servis yang pantas dan terbaik

by