Menurut Dr Ananda Dorai, masalah sengau akibat sumbing di lelangit juga boleh dielakkan asalkan mendapat rawatan awal sebelum kanak-kanak mula belajar bertutur. Ibu bapa selalunya lebih fokus untuk menjalani pembedahan membaik-pulih masalah sumbing di bibir kerana ia kelihatan di wajah. Selesai pembedahan, mereka pulang begitu saja. Sedangkan, pembedahan untuk sumbing di lelangit sama penting malah perlu dilakukan sebelum kanak-kanak belajar bercakap iaitu sebelum usia setahun bagi mengelakkan masalah sengau. Kira-kira 80 peratus kanak-kanak yang menjalani pembedahan plastik rekonstruktif bahagian lelangit mampu bercakap seperti normal dan 20 peratus lagi biasanya perlu bertemu dengan ahli terapi pertuturan secara intensif.
Nombor Telefon : +60362871184 +60362871194
Mobile : +60197708422
Fax : +60362871212
11, Jalan Teknologi, PJU 5, Kota Damansara, 47810, Selangor