Dato’ Dr Siti Zaliha Zainal DPMT business logo picture

Dato’ Dr Siti Zaliha Zainal DPMT

Reviewer profile

Very good experience with her.. Appointment for 1 time only..my problem settle after almost one year follow up and check up with one specialist at Klang and also after D& C my problem still remain..tqvm dato Dr siti zaleha.. without warded you save my problem.. really appreciate..semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan pada doctor

by
Reviewer profile
Saya melahirkan anak pertama pada tahun 2013 secara normal. Saya tinggal di hospital selama 4 hari 3 malam. Saya diberitahu jika saya mahu tinggal sehari sahaja, kos yang perlu saya bayar hanya RM1,500. Tetapi suami saya mahu saya mendapat rawatan yang secukupnya. Jadi kami tinggal untuk beberapa hari. Gynae saya ketika itu adalah Dato Dr Siti Zaliha Zainal. Beliau seorang yang sangat bagus dan teliti. Saya memang memilih beliau sebagai Gynea selepas mendengar pendapat dari kawan-kawan. Jururawat di SDMC semua baik-baik belaka. Jika saya perlukan bantuan, mereka akan datang tak sampai 10 saat pun. Selain itu, sepanjang saya di sana ada ‘lactation educator akan datang untuk mengajar cara menyusu. Untuk info, SDMC adalah hospital yang menggalakkan penyusuan ibu. Bayi tidak akan diberi susu formula selagi tidak diberi arahan oleh ibu bapa. Agak terkejut juga saya kerana setahu saya, kebanyakan hospital swasta tidak ‘breastfeed friendly. Selain cara menyusu, jururawat juga akan mengajar cara mandikan bayi, cara mengurut bayi malah kami juga diberi sebuah CD sebagai rujukan di rumah. Dari segi perkhidmatan makanan pula, saya diberi pilihan makanan oleh pakar diet. Saya hanya perlu pilih dari menu yang disediakan. Tetapi lain wad, lain menu ya. Sepanjang saya di sana, bayi tidak tidur sebilik dengan saya sebaliknya bayi akan di letakkan di bilik berasingan. Jururawat hanya akan membawa bayi kepada saya apabila bayi saya menangis mahu menyusu. SDMC juga menyediakan semua kelengkapan bayi dan ibu. Bermula dari baju, perkakas mandi, lampin bayi malah tuala wanita juga disediakan. Pendek kata saya hanya perlu bawa badan dan juga buku rekod mengandung sahaja. Hanya 1 perkara sahaja yang saya kurang berpuas hati adalah perkhidmatan bilik. Jika anda di tempatkan di bilik double, suami tidak dapat menemani anda pada sebelah malam. Hanya bilik single sahaja dibenarkan. Itu pun mereka hanya menyediakan sebuah kerusi malas untuk suami (tambahan kos). Kebetulan pada hari pertama saya bersalin, semua bilik single sudah penuh jadi saya terpaksa tinggal di bilik double untuk seketika. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan perkhidmatan di SDMC. Jumlah yang harus saya bayar ketika itu adalah RM 2,900 daripada RM 4,700 kerana saya adalah salah seorang pekerja di Sime Darby. Jika anda merancang untuk melakukan pemeriksaan dan bersalin di SDMC, anda disarankan untuk membuat temujanji terlebih dahulu. Sekian sahaja perkongsian dari saya.
by