Menurut Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin, antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit arteri koronari termasuk kadar kolesterol dalam darah yang tinggi, obesiti, darah tinggi, sindrom metabolik, merokok, kurang bersenam, kerintangan insulin, pemakanan tidak sihat, kencing manis dan usia lanjut. Penyakit jantung masih pembunuh nombor satu negara. Lebih memburukkan keadaan, serangan dan kematian dalam kalangan orang muda semakin meningkat. Kebanyakan kes kematian menunjukkan yang pesakit tidak tahu mereka mempunyai sakit jantung.
Nombor Telefon : +60 3 26178200
Institut Jantung Negara, No. 145, Jalan Tun Razak, 50400, Kuala Lumpur