Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS)
- Rank 427 of 1497
Matlamat kami
(1) Melindungi dan menjaga masyarakat pengguna dari pelbagai unsur penipuan, pemerasan, pemalsuan dan penindasan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
(2) Memupuk kesedaran pengguna supaya arif dengan hak-hak mereka dan bersuara mengikut landasan hak-hak asas pengguna seperti berikut:-
(a) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
(b) Hak untuk mendapatkan keselamatan
(c) Hak untuk mendapatkan maklumat
(d) Hak untuk membuat pilihan
(e) Hak untuk bersuara
(f) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
(g) Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
(h) Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
(3) Membantu kerajaan melalui pemantauan harga barangan keperluan harian terutama sekali harga barang-barang terkawal di seluruh daerah dari masa kesemasa di mana lapuran pemantauan tersebut akan disalurkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.
(4) Mengemukakan masaalah dan kerumitan masyarakat pengguna disamping menyampaikan cadangan, komen dan teguran kepada pihak yang berwajib agar tindakan seterusnya dapat dilakukan.
(5) Membentuk masyarakat pengguna kearah pengguna bijak melalui penerapan tabiat ’berhemat’ dalam mengendalikan urusan kewangan peribadi dan keluarga.
(6) Menganjur seminar, bengkel, kempen, kursus, dialog dan lain-lain aktiviti kepenggunaan yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada pengguna di peringkat kampung, mukim, daerah dan zon diseluruh negeri dengan kerjasama dan kebenaran pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.
(7) Berkerjasama dengan lain-lain persatuan, pertubuhan atau organisasi samada di dalam atau di luar negeri yang mempunyai misi, visi dan matlamat yang sama untuk melindungi masyarakat pengguna.