Chamek Kopitiam Gelang Patah, Johor business logo picture

Chamek Kopitiam Gelang Patah, Johor


Background
Claim business

Pengalaman ibu dari segi masakan dan pengendalian warung sejak 1952 diadunkan bersama konsep terkini maka lahirlah Chamek Kopitiam yang pertama di Pasir Gudang pada 2007.

Chamek Kopitiam merupakan kopitiam konsep (concept cafe) yang mengutamakan kualiti makanan,keselesaan pelanggan dan keceriaan suasana.

Penerimaan masyarakat setempat telah menaikkan semangat untuk mengembangkan jenama Chamek Kopitiam ke seluruh Johor Bahru.

Ini dibuktikan pada 15 Januari 2013, syarikat telah dianugerahkan sijil francais oleh KPDNKK seterusnya menaikkan lagi semangat kami untuk mengembangkan jenama Chamek Kopitiam ke seluruh Johor Bahru.

Chamek Kopitiam dibangunkan oleh dua adik-beradik iaitu Sahren Sadli dan Saiful Bahri Sadli. Kedua-dua memiliki ijazah dari Universiti Sains Malaysia.Sahren berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan Mineral dan Saiful Bahri berkelulusan Sarjana Muda Sains Farmasi. Nama panggilan Chamek itu berasal daripada nama sebuah kampung di Kluang iaitu Kampung Melayu Chamek.

Setakat ini Chamek adalah satu-satunya kopitiam yang menjadi milik penuh bumiputera yang menjalankan operasi secara halal dan tidak mengundang keraguan kepada masyarakat Islam memandangkan para pekerjanya juga adalah dikalangan orang Islam. Konsep kopitiam yang dipilih memang sesuai dengan citarasa masyarakat kini yang memang amat sukakan suasana klasik kopitiam. Dengan ini secara langsung ianya telah memberi pilihan kepada Umat Islam Malaysia.


Service /Price Details

Menu:

  • Nasi
  • Roti
  • Mee
  • Minuman
  • Barat
  • Istimewa

 

Promotion:

Chamek Kopitiam promoted different breakfast, lunch and dinner sets with attractive price.

Start share your experience with Chamek Kopitiam Gelang Patah, Johor today!