Assoc. Prof. Dr. Marina Mat Baki business logo picture

Assoc. Prof. Dr. Marina Mat Baki

Reviewer profile
Individu dengan masalah obes kerap mengalami masalah apnea tidur. Obesiti menyebabkan pengumpulan lemak di leher yang berlebihan sekali gus memburukkan lagi penyempitan saluran pernafasan. Selain itu, kelenjar tonsil yang besar dan tisu berlebihan pada dinding tekak dan lelangit juga boleh menyebabkan apnea tidur. Faktor lain yang boleh memburukkan pernafasan ketika tidur adalah penyumbatan saluran hidung disebabkan masalah seperti alahan resdung kronik dan struktur hidung yang bengkok.
by
Reviewer profile
Pakar Perunding Otorinolaringologi Pusat Pakar UKM (UKMSC), Profesor Dr. Marina Mat Baki berkata, peti suara adalah organ yang mengeluarkan bunyi atau suara. "Peti suara terletak di belakang halkum di antara tekak di bahagian atas dan trakea di bahagian bawah yang bersambung dengan paru-paru. Di dalam peti suara terdapat sepasang pita suara kiri dan kanan yang membuka semasa bernafas dan tertutup atau bertemu antara satu sama lain ketika bersuara. Bagaimanapun ramai yang salah faham, sebenarnya tonsil dan anak tekak bukan peti suara,'' tegasnya. Peti suara terletak pada bahagian larinks seseorang. Sebenarnya pita suara atau glotis menjadi pengawal yang menentukan sebanyak mana udara yang keluar, kadar kenyaringan (pitch) dan kekuatan (amplitude) suara seseorang.
by