Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor
- 6.57 Rating Detail
Rank 265 of 4150 in Agensi Kerajaan
Contact us
: Click to viewLocation : Johor Bharu 80000, Johor View Map...
Background
Claim businessabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:
1946 - 1951
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya
1952 - 1955
Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial
1956 - 1957
Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial
1957 - 1958
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial
1958 - 1959
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1960 - 1962
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat
1963 - 1964
Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
1964 - 1982
Kementerian Kebajikan Am
1982 - 1990
Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia
1990 - 2004
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
2004 - kini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Service /Price Details
- Mengoptimumkan keupayaan dan potensi diri serta kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
- Memastikan aspek Kebajikan di integerasikan dalam perancangan ke arah mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang menyeluruh.
- Mempertingkatkan peranan dan keupayaan Jabatan sebagai paksi utama dalam perancangan dan penilaian program-program pembangunan Kebajikan Masyarakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Mempertingkatkan perkongsian bijak dan strategik melalui kerjasama dengan semua kumpulan masyarakat, badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa.
- Memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan Kebajikan di semua peringkat.
- Mempertingkatkan pengurusan dan penggunaan sumber manusia secara optimum.
- Mempertingkatkan kualiti perancangan dan pengurusan kewangan serta teknologi maklumat dan komunikasi secara profesional.