Dr. Shanggar a/l Kuppusamy business logo picture

Dr. Shanggar a/l Kuppusamy

Reviewer profile
Menurut Dr Shanggar, tidak terdapat data mengenai kanser prostat yang hanya menyerang lelaki di Malaysia. Apa yang jelas 40 peratus lelaki didiagnosis lambat sehingga tahap 4 dan menyerang tulang dan organ lain. Kanser prostat lambat dikesan kerana biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom ketara seperti kencing tidak lancar, sakit semasa hendak buang air kecil, kerap kencing waktu malam, sakit atau pedih semasa buang air kecil, sakit semasa ejakulasi (pancutan mani) atau darah dalam air kencing atau air mani.
by
Reviewer profile
Dr. Shanggar berkata kanser prostat boleh didiagnosis dengan beberapa kaedah bermula dengan:

- Ujian Prostate-Specific Antigen (PSA)
- Digital Rectal Examination (DRE)
- Transrectal Ultrasound (TRUS)
- Biopsi
- Computed Tomography (CT atau CAT) scan
- Magnetic Resonance Imaging (MRI)

Rawatan pesakit kanser prostat bergantung kepada saiz dan lokasi ketumbuhan sama ada kanser telah merebak dan tahap kesihatan individu termasuk pembedahan, radiasi, terapi hormon dan kimoterapi. 
by